Sumber : Kuliah Dr Rosdi Ismail
Tadabbur
Surah Al Kahfi |
|
|
|
Ayat 2 |
Jiwa Qayyiman (فيما) Nota:- ·
Jiwa Qayyiman perisai utama lawan penyakit "TUHAN COVID". ·
Penyakit sudah jadi "tuhan yang sangat ditaati" hingga
hilang dan langgar segala syariat Allah. ·
Keputusan Medis sudah jadi teras akidah yang tidak boleh sangkal lagi. |
Ayat 4-5 |
Pemikiran Yang Bingung dan Puncanya ·
Pemikiran bingung adalah kesimpulan atau keputusan yang dibuat
berlawanan dengan kehendak Allah SWT. ·
Orang bingung akan sanggup mengucapkan sesuatu yang tidak dapat
diterima akal yang waras, kerana tidak mempunyai asas ilmu dan dalil. ·
Punca bingung apabila manusia tidak sedar dia sebenarnya TIDAK ADA
ILMU dan telahpun mewraisi kejahilan sejak turun temurun. ·
Golongan sanggup menjadi juru cakap kepada orang lain sekalipun ia
bercanggah dengan apa yang mereka sedia imani. ·
Kata-kata orang bingung semuanya adalah dusta |
Ayat 6 |
Sikap Berhati-hati ·
Terlalu ghairah atau gopoh dalam menyampaikan kebenaran juga boleh
mendedahkan diri kepada fitnah. ·
Sandarkan setiap tindakan kepada pertolongan Allah dan bukannya
kekuatan diri atau strategi. ·
Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan atau penilaian, kerana
maklumat kita belum benar2 matang. ·
Tempoh 14 hari adalah jarak matang yang cukup untuk buat penilaian. |
Ayat 6 & 7 |
Hiasan Dunia dan Pengaruhnya ·
Hiasan Dunia boleh mempengaruhi sikap manusia untuk menentang Allah
SWT, apabila sudah dianggap lebih penting dari Allah SWT. ·
Jangan sandarkan usaha kita kepada keyakinan diri semata-mata,
sebaliknya bergantunglah kepada pertolongan Allah SWT. ·
Usah biarkan keadaan sekeliling mempengaruhi sikap kita terhadap Allah
SWT, sebaliknya olah keadaan tersebut agar ia menyokong hasrat Allah SWT. |
Ayat 7-8 (16/09/21) |
Halangan Menerima Kebenaran ·
Pancingan dunia (زينة)
adalah sebab utama kebenaran ditolak, sekalipun ia diakui benar. ·
Daya tarik yang ada pada keindahan dunia ( ما على الأ{ض) adalah asas ujian kepada
perbuatan dan amalan manusia. ·
Ihsan adalah teras ukuran ketepatan sesuatu amalan itu sama ada untuk
Allah atau untuk makhluk. ·
Ihsan adalah perisai ampuh untuk mengelak daripada fitnah dajjal dalam
setiap amalan yang kita lakukan. |
Ayat 9 |
Rasa Kagum Yang Berlebihan ·
Nabi SAW ditegur Alllah SWT agar tidak terperangkap dengan rasa kagum
terhadap sesuatu secara berlebihan, kerana itu boleh meletakkan kita dalam
keadaan yang tidak sepatutnya. ·
Boleh kagum terhadap sesuatu pada kadar kedudukannya di sisi Allah
SWT. Maksudnya, kagum terhadap sesuatu sebagai makhluk ciptaan Allah SWT
adalah tidak salah. ·
Ashabul Kahfi adalah sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah.
Kagumlah kepada kebesaran Allah dan bukan kepada batang tubuh dan kondisi
mereka. ·
Sesungguhnya tanda-tanda lain, seperti pertukaran malam dan siang,
bulan dan matahari, langit dan bumi adalah tanda kebesaran Allah yang lebih
hebat daripada Ashabul Kahfi. |
Ayat 10 (21/09/21) |
( إذ أوى الفتية إلى الكهف ) Pemikiran Rububiyyah dalam arus
perdana ·
Kita perlu perlu peka terhadap perkembangan semasa dan kesannya
terhadap Rububiyyah Allah SWT. ·
Pemikiran Rububiyyah menuntut kita tidak mengalah dengan tuntutan
semasa, bila ia kelihatan bercanggah dengan hasrat Allah SWT, sekalipun kita
terpaksa berpisah daripada kebiasaan kita. ·
Kehebatan Ashabul Kahfi ialah pada istiqamah mereka mempertahankan
Rububiyah Allah, dan bukannya pada tempoh 309 tahun mereka berada dalam gua. |
|
·
Gua adalah simbolik kepada kembali kepada fitrah, apabila kondisi
semasa sudah menentang Rububiyyah Allah SWT |
Ayat 10 (23/09/21) |
( فقالوا : "ربنا آتنا من لدنك رحمة" ) Minda Ashabul Kahfi -
"Pemikiran Ladunni" ·
Perkataan ( ربنا
) menjelaskan Rububiyyah menjadi tunjang dan sandaran kebergantungan mereka
kepada Allah dalam apa jua urusan kehidupan. ·
Kata kerja ( آتنا
) menunjukkan hanya berharap kepada Allah dan tidak langsung bergantung
kepada makhluk. Mereka sangat yakin Allah nakan kabul permintaan mereka. ·
Ungkapan ( من
لدنك ) menjelaskan mereka
sentiasa mendampingi Allah pada setiap ketika dan bukan hanya ketika
terdesak. Ia adalah satu hubungan yang mesra antara mereka dengan Allah SWT. ·
Rahmat ( رحمة
) yang dipohon disebut kemudian selepas ( من لدنك ) adalah gambaran bahawa
mereka sangat utamakan hubungan mereka dengan Allah berbanding apa yang
mereka daripada-Nya. ·
Partikel ( ف
) pada kata kerja ( فـ
+ قالوا ) adalah gambaran kepada
kondisi mereka yang sentiasa berinteraksi dengan Allah dalam ap jua kondisi
yang mereka hadapi. ·
Kata kerja ( قالوا
) adalah hujah bahawa doa mereka tersebut adalah lukisan kepada isi hati dan
watak diri mereka. |
Ayat 10 (24/09/21) |
(وهيء لنا من أمرنا رشدا ) Mengolah Impak Qadha' ·
Qadar adalah ukuran Allah pada ASBAB berlaku sesuatu perkara menurut
sunnah kauniyyah yang Dia telah tetapkan. ·
Qadha' adalah natijah kepada hubungan ASBAB sesuatu kejadian. Ia
adalah ketetapan yang telah diatur Allah dengan kebijaksanaan-Nya. ·
Biar apa Qadha' yang terhasil, tetapi mintalah supaya Allah olah agar
ia memberi kebaikan kepada kita ·
Keratan doa ini adalah untuk cover apa yang bakal terjadi dalam hidup
kita. Adapun keratan sebelum adalah untuk cover apa yang sudah terjadi dalam
hidup. |
Ayat 11-12 (26/09/21) |
Kemustajaban Doa ·
Dua syarat utama doa mustajab;- a.
Yakin kepada Allah SWT sebagai yang maha berkuasa ( ربنا ) b.
Putus rasa kebergantungan atau berharap kepada makhluk, sebaliknya
hanya bulat meminta kepada Allah SWT. ·
Darjat atau tahap kebergantungan kita kepada Allah akan MENENTUKAN
bentuk istijabah Allah SWT terhadap yang kita minta. ·
Apa yang dianugerah (tidur 309 tahun) kepada Pemuda Gua tersebut
adalah anugerah yang berlaku di luar hukum akal manusia. |
Ayat 11-12 (Tambahan) (2709 21) |
Kehebatan Gua Al- Kahfi ·
Ia adalah simbolik kepada kondisi luar biasa yang sedang dihadapi. ·
Kondisi sesuatu perkara masih boleh diterima selagi ia tidak menjadi
halangan kepada objektif yang kita perlu. ·
Allah boleh melakukan sesuatu diluar logik akal, sebagai hujah kepada
kebangkitan hari kiamat. |
Ayat 14 (30/09/21) |
Ribaat Hati ·
Ribat Hati ( وربطنا على قلوبهم ) merujuk kepada
tautan iman yang kejap pada hati-hati tujuh pemuda tersebut. Mereka tidak
goyah sama sekali ketika berhujah dengan kaum mereka. ·
Ribaat Hati adalah anugerah kedua yang disandarkan kepada
Aqidah Rububiyyah selepas hidayah. ·
Ribat Hati membuat mereka tenang dan bersahaja ketika
berdialog ( إذ قاموا فقالوا
) menyetakan TUHAN YANG SEBENAR kepada kaum mereka. ·
Makhluk tidak layak menjadi TUAN ( ربنا رب السماوات والأرض
) ·
Jangan berdoa atau beharap kepada selain Allah SWT, kerana ia
adalah urusan penyembabahan kepada seorang tuan. ( لن ندعو من دونه إلها ). |
Ayat 15 (03/10/21) |
Dusta Atas Nama Allah ·
Kita perlu dedahkan kesalahan fatal golongan tertentu yang boleh
mempengaruhi masyarakat. ·
Perlu peka terhadap perubahan yang berlaku pada orang sekeliling kita,
lebih-lebih lagi kaum sejenis kita. ·
Menyembah, puja, dan agungkan selain daripada Allah adalah satu
pendustaan dan perbuatan paling zalim. ·
Tidak mencari hujah yang padu pada setiap tindakan yang dilakukan
adalah perbuatan tidak wajar |
Ayat 16 (04/10/21) |
Uzlah & Ketuanan Allah ·
Uzlah ialah proses mengasingkan diri daripada komuniti sedia ada, menuju
ke suatu tempat baru yang lebih sesuai dengan fitrah. ·
Kita hanya boleh beruzlah apabila;- a.
Ruang untuk menyatakan kebenaran Tauhid sudah tertutup sama sekali,
bahkan suaranya menjadi semakin tenggelam dan kabur. b.
Syiar dan syariat Allah makin terpadam dan diberi tekanan yang luar
biasa. ·
Tujuan Uzlah ialah untuk menjamin ketuanan Allah dapat ditegakkan
dalam segenap ruang kehidupan. Ia tidak boleh disandarkan kepada kepuasan
diri semata-mata. ·
Uzlah atas dasar tersebut akan dapat dua anugerah Allah;- a.
Kasih dan rahmat Allah yang akan berkati kehidupan kita. b.
Olahan daripada keadaan yang lebih teruk kepada keadaan yang lebih
baik. |
Ayat 17 (07/10/21) |
Sunnah Kauniyyah Pintu Hidayah · Sunnah Kauniyyah ialah sistem urus tadbir perjalanan alam dalam bentuk asal/tabii ciptaan Allah SWT. ·
Kita dituntut (وترى)
untuk mengkaji dan memahami Sunnah Kauniyyah dalam mengurus kehidupan kita,
agar kedua-duanya (Sunah + Kehidupan) berjalan seiring. ·
Keserasian houngans antara Sunnah Kauniyyah dan Urus Tadbir kehidupan
akan memudahkan kita mendapat HIDAYAH Allah SWT. ·
Hidayah itu milik Allah. Ia akan diberi kepada sesiapa yang mengurus
kehidupannya menepati Sunnah Kauniyyah yang Allah sudah tetapkan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda