Tadabbur Al Mulk

 

Tadabbur Al Mulk V3

27 JUN 2021 - 10.00 PAGI

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/4462829927068743

Garis Panduan Surah : Peta Minda 6 Mesej Utama Kerajaan Allah;-

KUASA ALLAH - Ayat 1-5

  • Zat yang memiliki kuasa mutlak atas segala perkara
  • Mencipta hidup dan mati sebagai teras kewujudan.
  • Mencipta 7 petala langit sebagai bukti kekuasaan Nya.

SIKAP MANUSIA - Ayat 6-12

  • Ramai yang memilih untuk kufur
  • Hanya sedikit yang beriman kepada Allah

CABARAN ALLAH - Ayat 13-15

  • Ubah persepsi salah manusia terhadap Allah
  • Memahamkan manusia fungsi sebenar kewujudan mereka di atas muka bumi ini.

ANALOGI - Ayat 16-22

  • Peringatan agar janganlah rasa selesa itu membawa kita kepada kealpaan sehingga menerima azab Allah.
  • Kuasa yang ada pada kita bukan kekal secara mutlak
  • Sumber rezeki itu milik Allah, bukan di tangan makhluk.

REALITI - Ayat 23-27

  • Kita wujud sebagai ciptaan Allah
  • Kembang biak kita adalah bukti anugerah Allah yang tidak sepatutnya melalaikan kita.
  • Manusia akan akur bila sudah berdepan dengan kenyataan, tetapi mereka sudah terlambat.

ANCAMAN - Ayat 28-30

  • Orang beriman tidak kisah dengan apa jua perbuatan Allah terhadap mereka, kerana yakin Allah akan berada di pihak mereka.

Rezeki yang kita milik itu boleh sahaja Allah tarik pada bila-bila masa.

 

28 Jun 2021 - 10.00 pagi

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/4465687476782988 

KEKUATAN SURAH;-

  • Menjadi penghadang pada bahagian kaki, dada dan kepala kita daripada didatangi malaikat azab di alam barzakh.
  • Surah warisan daripada Taurat yang telah dinpdahkan ke dalam al-Quran.

SEBAB TURUN SURAH (Ayat 13-14)

  • Kedua-dua ayat telah turun untuk menegur persepsi yang salah terhadap ilmu Allah SWT.

KEKUATAN SURAH sebagai;-

  • Prinsip KEMATIAN DAN KEHIDUPAN sebagai panduan urus tadbir perjalanan manusia di bumi Allah SWT.
  • Penyelamat atau peyembuh daripada segala penyakit dan kepayahan hidup.
  • Penghadang kita di alam barzakh.

PENGAMALAN;-

  • Boleh dipaca pada setiap malam sebagai perisai mati hidup kita.
  • Memberi ganjaran yang banyak dan sangat baik dnegan hanya amalan yang sedikit.

SAHABAT HIDUP

  • Kita perlu berinteraski dengan surah sebagai teman setia kehidupan kita. Ia adalah rakan bicara kita.
  • Isi kandungannya adalah tata laku peribadi kehidupan kita seharian.

SAAT BERAMAL

  • Terbaik ialah baca dalam solat sunat sebelum tidur
  • Kembarkan ia dengan surah al-Sajdah dalam rakaat sebelumnya.

 

1 Julai 2021

Tadabbur Al Mulk V3 Siri III

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/2908805082717675

K ELEBIHAN SURAH AL-MULK ;-

  • Syafaat keampunan kepada si mati sebagai sahabat di alam kubur nanti
  • Kembar kepada surah al-Sajdah. sebagai amalan dalam solat sebelum tidur malam.
  • Berdebat membela tuanya di hadapan Allah
  • Terus hidup bersama tuannya di alam barzakh.
  • Mengangkat darjah dan menhapuskan kejahatan

 

4 Julai 2021 - 10.00 pagi

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/211358264202574

Skrip Hafazan;-

  • Fahami kedudukan BERKAT sebagai tunggak makna keratan AYAT : 1-5
  • Bukti keberkatan Allah melalui;-
  • Kedudukan zatnya sebagai yang maha berkuasa.
  • Penciptaan MATI dan HIDUP sebagai teras kewujudan
  • Penciptaan 7 LANGIT sebagai gambaran kewujudan alam.
KERATAN ; (تبارك الذي بيده الملك) yang menjelaskan;-

  • Konsep BERKAT (تباك) yang merujuk kepada kelangsungan kuasa Nya dalam setiap perkara, sejak azali lagi.
  • Perlu pupuk sikap MESRA (الذي) dalam hubungan kita dengan Allah sebagai teman dan sahabat hidup kita.
  • Keutuhan kuasa yang ada dalam genggaman Nya (بيده) sebagai tempat kita bergantung dalam urusan kehidupan.
  • Menerima hakikat bahawa diri kita dan segala apa yang ada itu adalah milik Allah (الملك) dalam kerajaan Nya.

 

5 Julai 2021 - 10.00 pagi

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/2940986062826353

Skrip Hafazan;-

AYAT 1 : Keratan ( وهو على كل شيء قدير ) menjelaskan;-

  • Partikel WAW pada permulaan keratan tersebut menjelaskan ia adalah penyambung kepada dua ayat.
  • Keratan ini adalah pernyataan tentang kuasa Allah dalam skop yang lebih menyeluruh, berbanding keratan pertama (تبارك الذي بيده الملك) yang hanya menjurus kepasa aspek berkat sahaja.
  • Ganti nama ( هو ) sebagai subjek ayat dalam keratan ini adalah gaya pengucapan halus dan mesra, dalam usaha mengajak manusia kembali kepada Allah SWT walupun telah sekian lama mereka lupakan.
  • Pendepanan rangkai kata (على كل شيء) sebelum predikat (قدير ) menjelaskan rapatnya segala perkara dengan Allah SWT.
  • Partikel Jarr ( على ) menjelaskan kadar kuasa Allah mengatasi atau leboh kuat daripada kekuatan yang ada pada setiap perkara di alam ini. Maksudnya, Allah sangat mampu untuk mengatur urus isi alam ini.
  • Ungkapan ( كل شيء ) ada
  • lah rangkap kata yang mencakupi segala sesuatu, sama ada pernah wujud, sedang wujud dan akan wujud. Bunyi TANWIN pada hjung lafaz (شيء) bermaksud ia mencakupi segala-galanya tanpa kecuali.
  • Lafaz ( قدير ) yang berasal daripada [ ق د ر ] menjelaskan Allah sangat berkuasa untuk menyusun dan mengatur urus kadar perubahan dan pergerakan makhluk ciptaan Nya dengan semahu Nya.

 

7 Julai 2021 - 10.00 pagi
KERATAN 1 : Siri 3, Ayat 2

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/4491134807571588

Skrip Hafazan;-

  • Ayat ini adalah penjelasan selanjutnya tentang keberkatan (تبارك) Allah sebagai sang penguasa (قدير). Ia adalah penjelasan lanjut kepada hubungan kuasa Allah dengan kita manusia sebagai makhluk Nya.
  • Ganti Nama Mausul (الذي) pada permulaan ayat adalah ulangan kali kedua untuk menjelaskan keesaan Allah SWT dalam menciptakan makhluk mati dan hidup itu.
  • Kata kerja ( خلق ) menjelaskan KEMATIAN dan KEHIDUPAN adalah makhluk Allah yang perlu diurus dengan baik sebagai paksi kewujudan dan kelangsungan kita sebagai manusia.
  • Kematian dan Kehidupan (الموت والحياة ) adalah dua proses berkembar yang boleh wujud secara serentak, atau sebelah menyebelah atau menjarak pada diri kita. Ia adalah sistem ujian Allah (ليبلوكم) ke atas diri kita.
  • Apa yang diuji ialah usaha yang terbaik (أيكم أحسن) yang mampu kita lakukan (عملا), bukannya sebanyak mana yang kita lakukan.
  • Ujian Allah itu adalah simbolik kepada kehebatan dan kemulian Allah (وهو العزيز) bertakhta pada diri kita.
  • Kegagalan kita melakukan yang terbaik pula adala ruang keampuan Allah (الغفور) untuk kita.

 

11 Julai 2021
Keratan 1 : Siri 4, Ayat 2 (syarahan tambahan)

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/284535696746696

 

12 Julai 2021 - 10.00 pagi
Keratan 1 : Siri 5, Ayat 3-5

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/256636115826263

Skrip Hafazan;-
AYAT 3 : adalah peralihan kepada medan keberkatan Allah SWT ( الذي خلق) pada skala yang lebih besar, iaitu penciptaan tujuh langit (سبع سماوات). Ia menjelaskan;-

  • Penciptaan, apa lagi sesuatu yang hebat, memerlukan sistem yang kemas dan teratur (طباقا).
  • Pandangan pertama (ما ترى) adalah titik mula untuk menilai sesuatu (في خلق الرحمن). Kita tidak akan jumpa apa-apa kecacatan (من تفاوت) pada ciptaan Allah sejak dari pandangan pertama.
  • Ulang pandang (فارجع الصر) adalah tahap kedua membuat penilaian, untuk mencari apa-apa yang terlepas pandang (هل ترى من فطور) pada kali pertama.

AYAT 4 : adalah langkah ketiga membuat penilaian. Ia perlu dilakukan setelah kita ambil selang masa (ثم ارجع البصر) untuk berfikir setelah penialian pertama dan kedua dbuat (كرتين). Kesudahannya, kita akan keletihan sendiri (ينقلب إليك الصر) kerana tidak temui apa-apa kecacatan (خاسئا وهو حسير) pada ciptaan Allah SWT.

AYAT 5 : menjelaskan hiasan langit dunia (ولقد زينا السماء الدنيا) dengan bintang-bintang (بمصابيح) itu adalah bukti kewujudan langit itu sendiri. Ia menjelaskan;-

  • Kita tidak dapat memandang langit (بمصابيح), apa yang kita nampak hanya bintang-bintang (planet-planet). Langit itu abstrak untuk dijelaskan.
  • Bintang perhiasan langit itu juga berfungsi sebagai senjata merejam syaitan (وجعلناها رجوما للشياطين) . Ia mengajar kita berhias itu tidak salah, selagi ia memihak kepada Allah SWT.
  • Sifat menentang Allah adalah ciri-ciri yang melayakkan kita mendapat nereka Sa`eer (وأعتدنا لهم عذاب السعير) dan janganlah sampai ia menjadi identiti diri kita.

 

14 Julai 2021
Tadabbur Al Mulk (ayat 3-5)

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/418747879353157

 

25 Julai 2021
Tadabbur Al Mulk (ayat 6-13)

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/416733209618815

Nota kajian;-

  • Segmen ini menjelaskan sikap manusia (الذين) terhadap KETUANAN Allah (ربهم) yang telah dijelaskan dalam ayat al-Mulk/1-5 sebelum ini. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan;-
  • Golongan kafir yang menolak (الذين كفروا) ketuanan Allah (بربهم)
  • Golongan beriman yang menghormati (الذين يخشون) Allah sebagai Tuan mereka (ربهم).
  • Amalan kita sebenarnya adalah watak diri kita. Ia akan dihitung oleh Allah SWT sebagai karekter kepada bentuk ganjuaran yang akan diberi, samada azab neraka atau syurga.
  • Kufur atau penentangan kepada Allah sebagai TUAN adalah jenayah yang sangat besar dan hormat atau tunduk kepada TUAN adalah penyembahan yang sangat agung.

 

26 Julai 2021 10:00 pagi
Tadabbur Al Mulk Ayat 6

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/869123350371848

Skrip Hafazan;-

  • Ayat ini adalah penjelasan tentang sikap golongan kufur terhadap ketuanan Allah SWT;-
  • Partikel ( ل ) pada ganti nama ( ل + الذين ) menegaskan makna PASTI. Maksudnya golongan kufur pasti mendapat neraka sebagai balasan.
  • Ganti nama ( الذين ) merujuk kepada sikap yang sudah sebati pada golongan dirujuk oleh ganti nama tersebut.
  • Kata kerja ( كفروا ) adalah merujuk kepada perbuatan ingkar terhadap Allah SWT yang sudah menjadi ciri yang sebati dalam diri mereka.
  • Rangkai kata ( بربهم ) adalah darjat Allah SWT sebagai TUAN yang tellah ditolak oleh golongan kafir tersebut.
  • Keratan ( عذاب جهنم ) adalah subjek yang baka diperolehi oleh golongan kufur. Ia menjelaskan kufur terhadap ketuanan Allah boleh mengundang neraka sebagai ganjaran.
  • Keratan ( وبئس المصير ) adalah penjelasan kepada hakikat neraka Jahanam. Ia juga adalah peringatan kepada kita yang sering lupa bahawa dunia itu hanya sementara.

 

28 Julai 2021 - 10.00 pagi, Ayat 7

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/127195929512275

Skrip Hafazan;-

  • Ayat ini menjelaskan penghinaan ke atas ahli neraka, apabila mereka dicampak secara paksa ke dalam neraka.
  • Kata syarat ( إذا ) yang bermaksud "apabila" adalah kata ruang yang merujuk kepada detik mereka mula masuk neraka. Ia mengikat kata syarat ( ألقوا ) dengan kata jawab ( سمعوا ) selepsanya.
  • Kata kerja ( ألقوا ) mengandungi penghinaan melalui suatu perbuatan yang tidak disukai ke atas orang-orang kafir. Ia juga menunjukkan apa yang berlaku kepada kita adalah tindak balas daripada apa yang telah kita lakukan sebelum itu.
  • Kata kerja ( سمعوا ) menjelaskan azab neraka berlaku dalam pelbagai bentuk atau sudut siksaan, hatta walaupun sekadar mendengar, tetapi ia sudah cukup menyiksa.
  • Keratan ( لها شهيقا ) merujuk kepada apa yang mereka dengar, iaitu jeritan geseran ledakan neraka yang sangat dahsyat.
  • Ungkapan ( وهي تفور ) adalah frasa yang menjelaskan keadaan neraka ketika berpekik tadi.

 

01 Ogos 2021 - 10.00 pagi, Ayat 8

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/333116395214116

Skrip Hafazan;-
AYAT 8 : adalah keterangan lanjut kepada keratan ( إذا ألقوا فيها ) sebelum ini, dengan;-

  • Keratan ( كلما ) yang bermaksud "setiap kali" menjelaskan secara lebih spesifik bentuk campakan berlaku, iaitu berlaku secara berulang kali. Maksudnya, penghunii ahli neraka itu sangat ramai hingga dicampak berkali-kali.
  • Keratan ( ألقي فيها ) yang bermaksud "dicampak ke dalamnya", menjelaskan neraka itu adalah lubang yang dalam dan tidak ada jalan atau laluan khusus untuk ke neraka, bahkan mereka hanya di campak ke dalam nya dan sudah tentu untuk keluar semula darinya bukanlah mudah.
  • Perkataan ( فوج ) bermaksud "kumpulan yang besar" menjelaskan mereka dicampak masuk ke dalam neraka secara berkumpulan berdasarkan kumpulan yang meraka ikuti di dunia dahulu.
  • Keratan ( سألهم خزنتها ) yang bermaksud; "penjaganya bertanya kepada mereka" sebagai hujah kenapa mereka dicampak ke dalam neraka. Maksudnya, mereka terpaksa akur dengan kesilapan mereka menolak kebenaran yang telah datang kepada mereka di dunia dahulu.
  • Keratan ( ألم يأتكم نذير ) yang bermaksud; "apakah tidak datang kepada kamu dahulu pemberi amaran" adalah pertanyaan penghinaan kepada ahli neraka, kerana menolak kebenaran tersebut.
  • Kata kerja ( يأت ) menjelaskan kita perlu hormat dan akur kepada peringatan yang telah sampai kepada kita, kerana ia adalah utusan Allah yang telah sudi datang tanpa kita minta.
  • Kata sifat ( نذير ) menjelaskan pembawa peringatan atau amaran adalah orang yang tidak disuki oleh musuh kebenaran, kerana ia adalah teguran keras. Dia akan sentiasa dimusuhi dan ditentang keras.

 

02 Ogos 2021 - Tadabbur Al Mulk Ayat 7-11
Keadaan ahli neraka di Mahsyar

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/232078538775641

04 Ogos 2021
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 10-11

https://www.facebook.com/mindaarabmikro/videos/240279147813476

05 Sep 2021
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 17

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/571778470523852

 

06 Sep 2021
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 17-18

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/332415068631698

 

12 Sep 2021
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 18

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/557141465604739

NOTA:-

  • Kekuatan ayat sebagai PUJUKAN kepada Rasulullah SAW agar boleh terima penentangan orang kafir terhadap dakwah baginda. Ia juga adalah PUKULAN kepada orang kafir bahawa pendustaan mereka tidak akan sampai ke mana-mana.
  • Hakikat Dusta ; ia adalah perbuatan yang berlaku diluar hukum tabii manusia dan bercanggah dengan fitrah.
  • Dusta adalah sebab kuat untuk mengundang bala Allah SWT ke atas mereka yang berdusta.

 

13 Sep 2021

Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 18

  https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/384819453265003

 

15 Sep 2021

Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 19

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/641612680152140

NOTA :-

  • Mata dan hati adalah dua alat untuk melihat dan menghayati isi alam dengan sebaik-baik Nya.
  • Kondisi alam adalah lukisan kepada rahmat Allah sebagai tunjangnya.
  • Allah memerhati segala-galanya walaupun Dia sudah maha mengetahui.

 

19 Sep 2021
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 19-20

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/593467031837354

 

20 Sep 2021
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 20

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/129100046048592

 

22 Sep 2021
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 20-21


26 Sep 2021
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 21

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/792530738155869

29 Sep 2021
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 19 - Berhubung Dengan Alam

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/186186200299265

NOTA :-

  • Mata dan hati adalah dua alat untuk melihat dan menghayati isi alam dengan sebaik-baik Nya.
  • Kondisi alam adalah lukisan kepada rahmat Allah sebagai tunjangnya.
  • Allah memerhati segala-galanya walaupun Dia sudah maha mengetahui.

 

06 Okt 2021
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 21  

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/615709102756355

 

31 Okt 21
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 21

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/628077238572097

Nota:-

  • Unsur "dualisme" ( هذا الذي ) yang membayangi Allah dalam pengaihan rezeki-Nya kepada hamba Nya perlu dihindari daripada diri kita semua. Ia adalah unsur syirik yang berlaku melalui kelaziman yang kita alami.
  • Agihan rezeki ( يرزقكم ) akan berlaku secara berterusan mengikut jadual, namun ia bisa tertangguh dek dualisma tersebut.
  • Apa yang kita dapat itu anugerah Allah ( رزقه ) dan bukannya hasil atau natijah kepada usaha yang kita lakukan, kerana usaha hanya sekadar syarat untuk anugerah tersebut.

 

01 Nov 2021
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 21 – Terus Degil

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/210412374505638

 

03 Nov 2021
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 22 – Komparatif Sebuah Perjalanan Hidup

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/1178877482886609

 

09 Nov 2021
Tadabbur Al Mulk V3 Ayat 23

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/572377297175627

 

10 Nov 2021 
Tadabbur (preview ayat 23-27)

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/413535823732644

 

 

15 Nov 2021 
(Tadabbur ayat 23)

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/858878881450193

 16 Nov 2021 (Tadabbur ayat 23)
https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/625656845514012

TADABBUR HAFAZAN : al-Mulk V3 - Ayat 23 (وجعل لكم السمع والأبصار والأفئدة)

 17 Nov 2021 (Tadabbur Al Mulk ayat 24)
https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/3053072001603916 

 22 Nov 2021 (Tadabbur ) : al-Mulk V3 (قليلا ما تشكرون )

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/920865995221880

 Tadabbur Hafazan: al Mulk V3 (Syukur) – 23Nov 2021
https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/296872165646061

 24 Nov 2021 : Al Mulk V3 (Syukur - sambungan)

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/303490828294343 

 29 Nov 2021 : Al Mulk V3 (ayat 23-25) Syukur  sebagai jambatan menuju akhirat

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/692664418803729 

30 Nov 2021 : Al Mulk V3 (ayat 25)
https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/5240810122601812 

 01 Dis 2021:  Al Mulk (Syafaat Kubra)

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/579867796645082

09 Dis 2021 : Al Mulk V3 (ayat 26) – syafaat kubra.
https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/582611216368729 

 10 Dis 2021 : Al Mulk V3 (ayat 26-27)

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/234389522075180

 13 Dis 2021 : Al Mulk V3

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/606191267379815

 14 Dis 2021 : Al Mulk V3 (I am a clear warner)

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/274374998077927

 20 Dis 2021 : Al Mulk V3 (ayat 27)

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/240600258146513

 21 Dis 2021 : Al Mulk V3 (ayat 28)

https://www.facebook.com/rosdi.ismail.7/videos/605383937433712

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

     


No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda