Wednesday, November 12, 2008

Selamat menduduki SPM

Hari ini masuk hari kedua calon-calon SPM menduduki peperiksaan ini. Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon SPM. Jawablah dengan sepenuh hati. Curahkanlah apa yang telah anda pelajari selama ini. Kemudian jangan lupa panjatkan doa kepada Allah semoga mencapai kelulusan yang cemerlang nanti.

Perlu diingatkan kepada calon-calon semua, kita hanya mampu berusaha. Ketentuannya bukan di tangan kita. Jadi apa jua keputusannya nanti, terimalah dengan hati yang terbuka. Yang penting kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan.

Jika ditakdirkan kejayaan milik kita, ia tak akan lari, pasti kita akan capai kejayaan tersebut. Kita juga perlu sedar bahawa kita tidak memiliki diri kita. Ada kuasa lain yang memiliki kita dan apa-apa sahaja di sekeliling kita. Jadi jangan kita merasa angkuh dengan apa yang kita ada.

Apa pun, selamat maju jaya kepada semua calon. Buatlah yang terbaik untuk diri anda, ibubapa anda, agama anda dan negara anda.

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda