Wednesday, June 17, 2026

Selamat Datang tahun 1448H

 Malam tadi (16 Jun 2026), di Masjid Pondok Saidina Abu Bakar As Siddiq (Pondok SABAS) diadakan ceramah khas sempena menyambut Bulan Muharram 1448H.  Rata-rata masjid atau surau mengadakan majlis sambutan Awal Hijrah.  Biasanya menjelang hari terakhir bulan Zulhijjah ini, banyak mesej yang diterima mengenai doa akhir tahun dan doa awal tahun.  Doa akhir tahun dibaca menjelang hujung tahun, Selepas asar hingga menjelang magrib, dan doa awal tahun dibaca apabila selesai solat maghrib.

Seperti kebiasaan, apabila ada tahun baru, maka adalah cita-cita, azam atau niat menghadapi tahun baru.  Atau setidak-tidaknya memperbaharui azam yang tidak tercapai pada tahun sebelumnya.

Berbicara mengenai azam, tidak akan ada kesudahannya.  Ada yang mempunyai satu senarai panjang, ada juga yang sedikit, dan tidak kurang juga yang tidak mempunyai azam.   Terpulang kepada pegangan masing-masing.

Apapun, biarlah azam itu yang mudah dicapai, tidak mengarut.  Pastikan ia boleh kita laksanakan atau secara logiknya mampu kita capai.  Sebagai contoh, Jika ingin menjadi pelajar terbaik dalam sesuatu subjek, katalah matematik, maka perlu rajin belajar dan membuat latihan.  Kena tetapkan sasaran, berapa banyakkah soalan yang ingin dijawab dalam sehari?

Berapa minit kah sehari yang ditetapkan untuk membaca al-Quran dalam sehari? Jika ingin khatam quran dalam 3 bulan, berapa lembaran qurankah yang perlu dibaca setiap hari? Cuba buat kiraan.

Mungkin ada yang berazam untuk mula solat subuh bejemaah di masjid setiap pagi mulai tahun 1448 ini.

Tanpa mengambil kira apa azam masing-masing, marilah kita sama-sama beristiqamah untuk melakasanakan azam masing-masing dengan tetap.  Tanpa istiqamah, kita tidak akan kemana.  Jadi tetapkanlah hati untuk terus melaksanakan apa jua azam anda. Dan yang penting juga, ianya perlu IKHLAS.

Semoga apa jua amal perbuatan kita mendapat keberkatan.


Wednesday, February 25, 2026

Ramadhan datang lagi

 Lama tidak buat posting. Bukan tiada masa untuk buat, terkadang terasa tiada apa yang hendak dikongsi di sini.  Sekarang makin banyak medsos. makin banyak perkongsian oleh para netizen.  Sehinggakan ada yang sepatutnya tidak dikongsikan pun dikongsikan juga.  Masing-masing berebut buat 'content' untuk dikongsikan, untuk mencari seramai munkin pengikut.  Mungkin ini satu ledakan teknologi yang secara tidak langsungnya membenarkan apa yang terkandung dalam Al-Quran, dalam Hadith-hadith nabi s.a.w;

Hari ini masuk hari ke tujuh Ramadhan, besok hari kelapan dan seterusnya.  Bermakna sudah seminggu umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa dan solat terawih.  Selamt menunaikan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lainnya.  Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang paling baik bagi kami semua ya Allah.

Ramadhan tahun ini (1447H) kami berpeluang bersolat di masjid baru yang dibina semula, walaupun belum siap sepenuhnya, namun di bahagian dalam (ruang solat) sudah 95%, sudah boleh diadakan solat berjemaah.  Setelah setahun bersolat dibangunan sementara. Alhamdulillah.

Kepada mereka semua yang telah memberikan sumbanagan sama ada modal, tenaga dalam proses menyiapkan masjid ini, kami pihak jawatankuasa pembinaaan semula Masjid Tok Lebai Mat (MTLM) mengucapkan ribuan terima kasih.  Semoga ini menjadi modal untuk akhirat nanti.


Bersama Penasihat MTLM (Tengah - berjubah hitam)


Pandangan sisi (tepi jalan)


Malam pertama MTLM digunakan

Diiringi dengan solat hajat selepas solat maghrib



Tuesday, March 4, 2025

Pengalaman Yang Amat Bermakna

Pertama kali dalam sejarah hidup mengalami pengalaman ini.  Amat mencabar bagi diriku, banyak pengajaran boleh diambil dari kejadian ini. Mungkin bagi sesetangah orang, biasa sahaja.

Ia bermula dengan penerbangan Air Asia AK6321 dari Langkawi ke KLIA 2. Oleh kerana kapalterbang tiba awal, maka penerbangan kami pun diawalkan. Pada jam 12.00 tgh kami sudah pun berada dalam pesawat, sebagai penumpang pertama. Ini disebabkab isteri menggunakan kerusi roda, jadi kami diberi keutamaan untuk menaiki pesawat lebih awal.  Kami ditempatkan di barisan kedua. Seat 2A dan 2B. Kalau tidak silap dalam jam 13:30 kami dah tiba di KLIA2, dan bermulalah segala-galanya.

Oleh kerana menggunakan kerusi roda (wchr), kami diminta turun selepas semua penumpang telah turun. Ada sekumpulan pepnumpang (6 orang) yang duduk di barisan pertama (seat no 1). Seperti biasa, belum pun pintu kapal dibuka, kebanyakan penumpang telah siap berdiri untuk keluar dari kapal, termasuk yang berada di seat 1. Setelah pintu dibuka, mereka bergegas keluar.

Aku bangun dari tempat duduk untuk mengambil beg sandang yang diletakkan dalam ruang penyimpanan barang di atas. Amat terkejut sebab begku telah tiada, yang ada satu beg lain yang mana saiz dan bentknya hampir sama, cuma berbeza sedikit dari segi warnanya. Menyedari hal ini, ku beritahu kepada pramugari bertugas. Beliau mengambil maklum dan meminta ku bersabar sebab masih ada penumpang lain di belakang, mungkin beg ini kepunyaan mereka katanya. Setelah confirm tiada pemiliknya, barulah belaiu memaklumkan kepada security Air Asia utnuk membawanya ke bahagian Lost and Found (MLO)  Air Asia. 

Pendekkan cerita, buat report, ambik copy report dan pegawai bertugas  memaklumkan akan menghubungi pengadu jika penumpang yang tersalah ambil beg itu memulangkannya nanti. "Kami tidak membuat home delivery" katanya.  Kena datng ambil sendiri di office MLO.

Berapa peratus kah kebarangkalin bole dapatkan balik beg ini?

Apa pengajarannya kapada ku?

Selepas ini, jangan lagi simpan dalam ruang simpanan atas bagi benda-benda penting macam ini. Letakkan sahaja di bahagian bawah seat depan kita.

Beg yang kena ambil (berjenama Acer)



Beg yang ditinggalkan






Tuesday, July 9, 2024

Majlis Graduasi Ke 20, INTEC

 Pada Jun 29, 2024 hadir majlis graduasi ke 20 INTEC di IDCC (Ideal Convention Centre, Shah Alam). Kehadiran kami sekeluarga adalah untuk meraikan anak bungsu kami, Muhammad Afham yang telah tamat dengan jayanya kursus ACCA yang diikuti di INTEC.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah para penerima sijil/ijazah.  Syukur Alhamdulillah, telah tamat cabaran pengajian. Dapat sekeping sijil / segulung Ijazah. Ini bukan tiket atau jaminan bahawa kehidupan akan berubah kelak. Tanpa pengalaman, belum tentu sekeping sijil memberikan satu jaminan dalam kerjaya impian.

Ujian kehidupan baru bermula.











Friday, June 14, 2024

Trip ke Pulau Belru / Pulau 100

 Hari ini, 25 Mei 2024 menaiki bot ke Pulau Seratus, menziarahi satu-satunya emak saudara yang masih ada. Dua minggu lepas dah datang, minggu ni datang lagi.  Beliau sedang sakit. Ya Allah permudahkanlah urusannya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Alhaamdulillah, dikhabarkan oleh anakandanya, sudah boleh makan.  Sudah ada sedikit selera makan. Sewaktu kami datang sebelum ini, beliau tak lalu makan,

Ya Allah Syafakallah.