Wednesday, February 25, 2026

Ramadhan datang lagi

 Lama tidak buat posting. Bukan tiada masa untuk buat, terkadang terasa tiada apa yang hendak dikongsi di sini.  Sekarang makin banyak medsos. makin banyak perkongsian oleh para netizen.  Sehinggakan ada yang sepatutnya tidak dikongsikan pun dikongsikan juga.  Masing-masing berebut buat 'content' untuk dikongsikan, untuk mencari seramai munkin pengikut.  Mungkin ini satu ledakan teknologi yang secara tidak langsungnya membenarkan apa yang terkandung dalam Al-Quran, dalam Hadith-hadith nabi s.a.w;

Hari ini masuk hari ke tujuh Ramadhan, besok hari kelapan dan seterusnya.  Bermakna sudah seminggu umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa dan solat terawih.  Selamt menunaikan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lainnya.  Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang paling baik bagi kami semua ya Allah.

Ramadhan tahun ini (1447H) kami berpeluang bersolat di masjid baru yang dibina semula, walaupun belum siap sepenuhnya, namun di bahagian dalam (ruang solat) sudah 95%, sudah boleh diadakan solat berjemaah.  Setelah setahun bersolat dibangunan sementara. Alhamdulillah.

Kepada mereka semua yang telah memberikan sumbanagan sama ada modal, tenaga dalam proses menyiapkan masjid ini, kami pihak jawatankuasa pembinaaan semula Masjid Tok Lebai Mat (MTLM) mengucapkan ribuan terima kasih.  Semoga ini menjadi modal untuk akhirat nanti.


Bersama Penasihat MTLM (Tengah - berjubah hitam)


Pandangan sisi (tepi jalan)


Malam pertama MTLM digunakan

Diiringi dengan solat hajat selepas solat maghrib



No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda