Malam tadi (16 Jun 2026), di Masjid Pondok Saidina Abu Bakar As Siddiq (Pondok SABAS) diadakan ceramah khas sempena menyambut Bulan Muharram 1448H. Rata-rata masjid atau surau mengadakan majlis sambutan Awal Hijrah. Biasanya menjelang hari terakhir bulan Zulhijjah ini, banyak mesej yang diterima mengenai doa akhir tahun dan doa awal tahun. Doa akhir tahun dibaca menjelang hujung tahun, Selepas asar hingga menjelang magrib, dan doa awal tahun dibaca apabila selesai solat maghrib.
Seperti kebiasaan, apabila ada tahun baru, maka adalah cita-cita, azam atau niat menghadapi tahun baru. Atau setidak-tidaknya memperbaharui azam yang tidak tercapai pada tahun sebelumnya.
Berbicara mengenai azam, tidak akan ada kesudahannya. Ada yang mempunyai satu senarai panjang, ada juga yang sedikit, dan tidak kurang juga yang tidak mempunyai azam. Terpulang kepada pegangan masing-masing.
Apapun, biarlah azam itu yang mudah dicapai, tidak mengarut. Pastikan ia boleh kita laksanakan atau secara logiknya mampu kita capai. Sebagai contoh, Jika ingin menjadi pelajar terbaik dalam sesuatu subjek, katalah matematik, maka perlu rajin belajar dan membuat latihan. Kena tetapkan sasaran, berapa banyakkah soalan yang ingin dijawab dalam sehari?
Berapa minit kah sehari yang ditetapkan untuk membaca al-Quran dalam sehari? Jika ingin khatam quran dalam 3 bulan, berapa lembaran qurankah yang perlu dibaca setiap hari? Cuba buat kiraan.
Mungkin ada yang berazam untuk mula solat subuh bejemaah di masjid setiap pagi mulai tahun 1448 ini.
Tanpa mengambil kira apa azam masing-masing, marilah kita sama-sama beristiqamah untuk melakasanakan azam masing-masing dengan tetap. Tanpa istiqamah, kita tidak akan kemana. Jadi tetapkanlah hati untuk terus melaksanakan apa jua azam anda. Dan yang penting juga, ianya perlu IKHLAS.
Semoga apa jua amal perbuatan kita mendapat keberkatan.
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda