Biasanya masing-masing akan membuat azam baru atau memperbaharui azam sedia ada. Inilah perkara yang kerap kita lakukan. Moga-moga tahun baru ini akan membawa kejayaan kepada kita.
Minggu lepas semasa berbincang dengan seorang kawan, saya diberikan satu selawat untuk diamalkan. InsyaAllah jika dijadikan amalan akan membawa kebaikan kepada pengamalnya. Inilah salahsatu makanan batin yang kita perlukan.
Saya suka berkongsi selawat ini bersama rakan-rakan pembaca lain yang sudi. Mudah-mudahan ini akan menjadi satu kerja kebajikan sempena melangkah ke tahun baru ini.
Selawat ini dikenali sebagai Selawat Nariyah / Tafrijiah / Kamilah iaitu:
Mulakanlah bacaan dengan Basmallah.
Ertinya: Wahai Allah! Rahmatilah penghulu kami Muhammad dengan rahmat yang sempurna dan sejahterakanlah ia dengan kesempurnaan yang sempurna, lerai dengannya segala ikatan dan terbebas darinya segala kesempitan dan tertunai dengannya segala hajat dan diperolehi dengannya keinginan dan meninggal dunia dalam husnul khotimah dan diberi minum dengan air dari langit dengan berkat wajah-Mu yang Maha Mulia dan rahmatilah ahli keluarga dan para sahabatnya dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan yang Engkau ketahui.Antara Fadhilatnya adalah:
- Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 kali setiap hari selepas solat lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
- Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 kali atau 100 kali, Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
- Barangsiapa membaca selawat ini 313 kali setiaphari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib
- Barangsiapa membaca selawat ini 4444 kali, akan tercapai segala cita-cita dan hajat di dunia dan di akhirat.
Mudah-mudahan kita sama-sama memperolehi manafaat daripadanya. Amin.
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda