Selamat menduduki ujian kepada semua pelajar. Minggu ini, pelajar tingkatan 4 dan 5 mula menduduki ujian / peperiksaan ( UP2 ) masing-masing. Pelajar menengah rendaah akan memulakan cabaran minggu depan. Lepas tu selamat bercuti. Bagi pelajar-pelajar SPM dan PMR, tiada cuti bagi anda. Kelas-kelas tambahan musim cuti sedang menunggu. Begitulah juga dengan guru-guru, tiada cuti bagi cikgu-cikgu.
Barangkali tanggapan jadi cikgu untung kerana banyak cuti sudah boleh diubah. Bukan semua guru akan menikmati cuti penggal persekolahan. Mereka masih lagi ada tugas secara tidak rasmi. kertas-kertas jawapan pelajar perlu di nilai, diperiksa untuk diberi markah. Mereka kena buat masa cuti, sebab sebaik sekolah dibuka, markah perlu disiapkan dan analisa keputusan ujian perlu dipanjangkan ke PPD. Pihak sekolah perlu mengetahui pencapaian pelajar-pelajar mereka. Panitia perlu mengambil tindaksusul hasil dari pencapaian pelajar dalam setiap ujian.
Apa pun, bagi calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan PMR atau SPM, hari peperiksaan kian dekat. Persediaan perlu mantap. Usaha perlu dilipatgandakan agar cita-cita dan hasrat dapat dicapai.
Selamat berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda