Apabila kita berhajat kepada sesuatu, kita dituntut untuk menunaikan solat sunat hajat. Sebaga seorang yang bergelar muslim, apabila kita susah untuk menentukan sesuatu sama ada ia membawa kebaikan atau keburukan kepada kita, hidup kita, agama kita, maka kita diminta supaya melakukan Solat Sunat Istikharah. InysaAllah, jika kita lakukan dengan tulus, pasti Allah akan tunjukkan jalan kepada kita.
Dalam ruangan ini saya cuba catatkan panduan mengerjakan solat sunat Istikharah ini yang dipetik dari buku Solat Malam Menggamit Kedamaian, terbitan Al-Bayan ( yang diterjemahkan oleh Syeik Abu Muhammad Tolha Al-Khairi.
Solat ini dikerjakan untuk memohon petunjuk daripada Allah mengenai perkara-perkara yang menimbulkan keraguan kita dalam membuat sesuatu keputusan atau membuat pilihan. Ia dikerjakan dalam dua rakaat.
a. Lafaz Niatnya:
Ertnya ; "Sahaja aku Solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala".
b. Bacaan pada rakaat pertama adalah : Surah al-Fatihah dan diikuti dengan Surah al-Kafirun.
c. Bacaan pada rakaat kedua adalah : Surah al-Fatihah dan diikuti dengan Surah al-Ikhlas.
d. Ketika sujud akhir hendaklah baca :
Ertinya : "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
e. Selepas salam, baca Surah al-Fatihah, dihadiahkan kepada Rasulullah (saw), para sahabat Nabi s.a.w., para wali Allah, kaum muslimin dan muslimat.
f. Akhir sekali baca doa Istikharah iaitu:
Ertinya : "Ya Allah hamba memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Dan hamba memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMu dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan yang Maha Besar dan Agung. Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa, sedang hamba tidak tahu dan Tuhanlah yang amat mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini baik bagi hamba, maka berikanlah perkara ini kepada hamba dan mudahkanlah ia bagi hamba, kemudian berikanlah kerbahan bagi hamba di dalamnya. Ya Allah, jika hal ini tidak baik bagi hamba, dan tidak baik akibatnya bagi hamba, maka jauhkanlah hamba daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana saja hamba berada, jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerahMu".
Semoga tulisan ini menjadi panduan kepada mana-mana individu yang memerlukan.


No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda