Memang seronok apabila dapat menikmati rezeki hasil dari titik peluh sendiri. Sarapan pagi dengan buah mangga yang ditanam di belakang rumah. Satu biji memenuhi dua biji pinggan nasi, tetapi dalam sekelip mata, pinggan tinggal kosong. Menikmati buah yang segar dan bebas dari sebarang racun serangga. Yang tinggal hanyalah bijinya sahaja, isinya dah masuk dalam perut kami sekeluarga. Alhamdulillah, berkat berbudi kepada tanah.
Sebenarnya di belakang rumah ada beberapa pokok mangga, salahsatunya yang mengeluarkan buah yang besar, melebih 1kg sebiji. Jenisnya dahlupa sebab dah lama pokok ni kami tanam. Anak pokonya dibeli dipasar tani satu ketika dulu. Masuk tahun ni, dah tiga musim ia berbuah, kali pertama hanya tiga biji sahaja yang keluar, nampaknya tahun ini agak banyak sedikit, bolehlah anak-anak merasa.
|
Sudah siap dikupas, |
|
Buah di pokok, yang rendah dibalut untuk lindungi daripada serangga perosak. |
Oleh kerana buahnya tak banyak, hanya dapat kongsi gambarnya sahaja. Tetapi jika ada yang berkunjung kerumah, Insyaallah mereka berpeluang merasa isinya sekiranya masih ada.
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda