Sabtu, 30 September 2017, sekali lagi kami meraikan sekumpulan anak-anak yatim. Seperti selalunya, mereka diraikan dengan makan tengahari di Restoran Sri Kandar, Kota Bharu. Program ini yang mulanya diilhamkan oleh pemilik restoran ini, kini turut sama adalah rakan-rakan sepersekolahan dahulu, diadakan sebulan sekali, setiap sabtu hujung bulan.
Kali ini seramai 100 orang anak yatim dari Machang, Bachok dan Kota Bharu diraikan. "Ini saja yang dapat kami lakukan" kata pemilik restoran ini. Selain dari makan-minum, mereka juga pulang dengan buah tangan hasil daripada derma orang ramai dan rakan-rakan semua. Jika banyak sumbangan yang diterima, maka besarlah buah tangan mereka.
|
Agihan buah tangan kepada setiap anak yatim diberikan oleh salah seorang penyumbang tetap |
|
Selepas menjamu selera, mereka berpeluang menikmati ais krim potong |
|
Bahagian Lauk pauk / kuih muih |
|
Anak-anak yatim dari SK Ab Hadi, |
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda