Friday, December 1, 2017

Raikan - November

Seperti bulan Oktober, November 25, seramai 100 orang anak-anak yatim diraikan dalam majlis makan tengahari di Restoran Sri Kandar, Banggol. Bulan November, hari sabtu minggu terakhir bulan ini, mereka di raikan.

Kali ini giliran anak-anak yatim daripada :
1.. Rumah Kebajikan nak Yatim Dhuafa' Al Qamariah,Pasir Mas.
2.  Rumah Kebajikan Anak Yatim Dhuafa' Darul Huffaz, Perupok, Bachok
3.  Rumah Anak Yatim Dhuafa' Darunaim Bagool Judah, Machang
4.  Anak-anak Yatim sekitar Pulau-pulau Jajahan Tumpat.
Menu kali ini adalah :
Singgang daging
Ayam masak merah
Udang masak KasKas Mamak Pinang
Kerabu bunga nipah
kuih muih
Buah-buahan
Ais Krim
Lokcing

Ini saja yang mampu kumpulan kami lakukan, nak derma besar-besaran mungkin di luar kemampuan kami, walaupun sumbangan ini amat kecil, tetatpi kami berazam untuk meneruskan program ini. Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak ini.  Turut hadir meraikan program ini adalah sebahagian daripada para penderma yang sentiasa menghulurkan sumbangan mereka.
Kepada rakan taulan dan penderma-penderma lain, terima kasih kerana menghulurkan sumbangan.
Program bulanan ini insha Allah akan diteruskan lagi.  Tentatif tarikh untuk bulan Disember adalah pada 30 Disember 2017.































No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda