Parang biasanya digunakan untuk menebas, menebang dan kerja-kerja lain yang sewaktu dengannya. Jika lama tidak digunakan, ia akan dimakan karat. Lama-kelamaan ia menjadi semakin tumpul. Akhirnya menjadi besi buruk, tiada siapa yang inginkan.
Sejak menjadi ahli kelab YB, rasanya lama tidak membuat coretan di sini. Kini terfikir juga jika tidak terus mengasah pena, nasibnya akan jadi seperti parang. Fikiran boleh jadi semakin tidak berkembang. Sementelah pula kehidupan kian terpinggir dari arus perdana. Dibantu dengan peningkatan usia, mungkin daya berfikir juga akan berkurang jika tidak terus diasah.
Parang tidak akan semakin tajam jika tidak diasah.
Jadi untuk mengelakkan pemikiran menjadi seperti parang, maka eloklah dimulakan semula apa yang telah ditinggalkan sebelum ini. Mulakan secara perlahan-lahan.
Jumaat lalu (8 oktober 2021) kami telah berkunjung ke Johol atas urusan keluarga. Dari Souhtville kami mulakan perjalanan dalam jam 9:00 pagi. Destinasi pertama adalah SMK Dangi, berjumpa dengan Pn Rohana, PKP SMK Dangi (urusan kesihatan dan perkhidmatan anak). Selesai urusan di SMK Dangi, kami bergerak ke pekan Johol dan bermalam di Johol.
Sudah 3 tahun rasanya tidak berkunjung kesini. Sebuah pekan yang sunyi, tidak ramai penduduk. Selepas maghrib persekitarannya sunyi sepi, kecuali sekali-sekala kedengaran kenderaan melalui jalanraya. Itulah Johol kini dan dulu.
Sekarang kelihatan ada sedikit pembaharuan. Johol sudah ada kedai Dobi 24 jam seperti di tempat-tempat lain. Memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar untuk menggunakan khidmatnya apabila memerlukan.
Satu lagi kemudahan yang ketara adalah sudah ada kemuadahan mesin ATM. Terletak di tepi jalan dan bersebelahan dengan Balai Polis Johol. Kehadirannya dapat menampung keperluan penduduk sekitar untuk mendapatkan tunai, berbanding sebelum ini mereka perlu ke bandar Tampin atau Kuala Pilah untuk mendapatkan tunai.
Lain-lain perkara nampaknya masih tidak berubah.
![]() |
Dobi Layan Diri (24 jam) |
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda