Wednesday, September 13, 2023

MAJLIS TEMU MATA DI HUJUNG USIA SAMBIL MENJAMU PULUT DURIAN 2023

 Pada sabtu, 9 September 2023 (22 Safar 1445) telah berlangsung majlis tersebut bertempat di rumah Tn Hj Suhaimi, di Kampong Padang Landak, Jertih. Majlis yang bermula lebih kurang jam 10:00 pagi itu bertujuan untuk bertemu mata sambil bertanya khabar rakan-rakan sahabat bersama semasa berada di tingkatan 6 sains pada tahun 1976/1977 di SMIP .  Alhamdulillah Ramai juga yang dapat hadir.  Terima kasih kepada tuan rumah kerana menyediakan juadah untuk kami semua.  Selain jamuan pulut durian, ada juga disediakan nasi dagang serta lain-lain kuih-muih. 

Ada di kalangan kami sudah tidak pernah bersua sejak meninggalkan bangku sekolah (1977) dahulu lagi, sampaikan nama pun dah lupa.  Semoga dengan siri-siri pertemuan begini dapat memperertakan lagi ukhuwwah sesama kita.





























No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda