Nak dijadikan cerita, bulan Ramadhan tahun ini memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada diri ini. Awal pagi sabtu, 05 Ramadhan 1445 (16 Mac 2024). semasa menghadap makanan untuk bersahur, secara tiba-tiba terasa sakit yang menjalar dari pangkal peha hingga ke kaki (Bahagian luar). Rasa sakit ini terasa di kedua-dua belah peha kiri dan kanan, Tak pernah sebelum ini terasa sakit yang sebegitu. Semakin lama semakin sakit. Ia bermula dari dalam tulang pinggul. Allahu Akbar, memang sakit.
Tindakan spontan adalah bangkit terus ketempat tidur, berbaring untuk seketika. Alhamdulillah, setelah lebih kurang beberapa minit, rasa sakit itu hilang. Barulah boleh bangkit semula ke meja makan untuk bersahur, itupun untuk beberapa ketika sahaja, kerana rasa sikit itu datang kembali setelah agak lama dalam keadaan duduk. Untuk meredakan atau menghilangkan rasa sakit, kena berada dalam posisi melentang selama beberapa detik. Mungkin lebih dari seminit atau dua minit.
Maka bermulalah kehidupan yang sukar dan mencabar di bulan Ramadhan tahun ini. Untuk berada dalam keadaan berdiri dalam jangkamasa melebihi 3@4 minit amat memeritkan. Untuk melaksanakan solat memang memeritkan bagi menamatkan rakaat ke 3 atau ke 4. Akhirnya terpaksa solat sambil melentang. Untuk berjalan dalam 50 langkah ke bilik air menjadi cabaran.
![]() |
Mungkin ini salah satu ujian kesabaran menghadapi musibah |
Hari ini dah masuk hari ke 11 menghadapi cabaran ini. Alhamdulillah, kedaan semakin beransur reda, hari ini sudah mampu untuk duduk dalam jangka waktu yang lama, walaupun untuk berjalan/bergerak masih terasa sakitnya. Tapi, Alhamdulillah, keadaan beransur pulih. Suda 11 malam jugalah tak dapat solat terawih berjemaah.
Kepada sahabat dan jiran yang datang berziarah terima kasih kerana sudi menziarahi, jazakullahukhairan kathira diucapkan.
Semasa pergi mendapatkan rawatan, syukurlah di dapati tiada slipdisc, kemungkinan adalah masalah di pinggul atau sciatic. Pagi ini jumpa pakar orthopedic, x-ray, diberi beberapa jenis ubat.
Ya Allah apakah hikmah di sebalik ujianMu kali ini?
![]() |
Sedang menunggu giliran |
b
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda