Friday, April 5, 2024

MALANG TIDAK BERBAU



TABUNG BANTUAN KEBAKARAN RUMAH

Pagi isnin 01.04.2024, sempat berkunjung kerumah seorang mangsa kebakaran di Kampung Tok Matang, Beris kubur Besar, Bachok, Kelantan.

Kebaaran berlaku pada sabtu, 30.03.2024 sekitar jam 3:30 petang itu telah memusnahkan sebuah rumah yang didiami mangsa sekeluarga beserta seluruh barangan dalam rumah mereka.  Sewaktu kejadian berlaku, tuan rumah, En Sabri (Mat Yei) dan isteri beserta anak-anak sedang berehat setelah pulang dari berjualan di Pasar Pagi Wakaf Zain, Tawang.

Punca kebakaran dipercayai akibat dari litar pintas elektrik yang tidak mampu dikawal. Kebakaran ini telah memusnahkan keseluruhan rumah termasuk stok barangan jualan mereka untuk musim perayaan ini.  Api yang marak dengan begitu cepat, menyebabkan mereka tidak sempat untuk menyelamatkan barangan di atas rumah.

En Sabri  pernah mendapat rawatan Kanser Usus  di Hospital Sultanah Zainab (HRPZ) Kota Bharu pada tahun 2016.  Sehingga sekarang beliau masih lagi menjalani rawatan susulan untuk penyakit yang beliau hidapi.

i-Kasih Kelantan berusaha membantu mereka dengan membuka Tabung Bantuan Rumah Terbakar untuk memberi peluang dan ruang kepada semua pembaca  menghulurkan sedikit sumbanagn bagi meringankan beban mereka yang menghadapi musibah ini, terutamnya menjelang musim perayaan.

Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan kepada: 

i-Kasih Kelantan, RHB 20305360024589

Sekian, terima kasih …

Motorsikal yang sempat diselamatkan







No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda