Hari ini, 13hb Nov. 2008 meruipakan hari terakhir sesi persekolahan bagi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Selamat bercuti kepada pelajar-pelajar dan jangan lupa tahun depan datang sekolah lagi.
Sekolah cuti bukan bermakna anda tak perlu belajar. Penuhkan masa cuti anda dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jangan jadikan masa terluang anda berlalu begitu sahaja. Gunakanlah waktu ini dengan bijak.
Mungkin ini masa yang terbaik untuk anda membantu ibubapa menguruskan rumah atau apa-apa saja aktiviti harian mereka. tidak salah jika anda membantu kerja-kerja ibubapa seperti membersihkan kawasan rumah, bantu ibu memasak di dapur atau membantu bapa di kebun.
Aktiviti ini lebih memberi faedah daripada terperap di depan TV atau lepak di cyber cafe.
Bagi yang berminat dengan perkongsian ilmu, bolehlah berjinak-jinak untuk belajar memiliki dan mengendalikan blog sendiri. Bagi pelajar-pelajar berugama Islam tingkatkanlah penguasaan anda dalam pengajian Al-Quran.
Selamat maju jaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda