Sunday, December 7, 2008

Jangan Lupa Asah Parang

Memang agak terkejut apabila awal bulan ini (2 Disember 2008) penulis menerima mesej email ini. Seorang teman mengirimkan mesej "Jangan Lupa Asah Parang". Judulnya memang menarik perhatian. Bermula besok, 8hb Dis hingga 10 hb Dis (10 Zulhijjah - 12 Zulhijjah) Umat Islam akan menjalani ibadat Qurban di seluruh dunia. Parang dan pisau perlu diasah tajam-tajam untuk memudahkan proses menyiang daging qurban nanti.
Bagi umat Islam yang tidak berpeluang untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah (hari ini) . Ibadat qurban merupakan satu ibadat yang perlu dilaksanakan pada masa yang tertentu sahaja iaitu dalam masa 3 hari bermula 10 Zulhijjah.
Qurban ini bermula sejak awal tamadun manusia lagi dimana pada zaman nabi Adam a.s., di mana kedua-dua anak lelaki baginda telah diperiintahkan untuk melakukan qurban. Seorang telah Allah terima qurbannya manakal seorang lagi telah Allah tolak.
Qurban yang dilakukan perlulah dengan tulus ikhlas kerana Allah bukan kerana lain selainya. Hendaknya dari ibadah qurban tahun ini akan terus bersebati dalam diri kita untuk sentiasa kita hayati dalam kehidupan harian. Qurban bukan sekadar menyembelih lembu atau kambing semata-mata. Qurban bermakna menghampirkan diri kita kepada Allah s.w.t.
Semoga sambutan Hari Raya Qurban tahun ini memberikan makna mendalam bagi kita semua.

1 comment:

Masukkan pandangan anda