Minggu lepas semasa menghadiri satu kuliah, antara sear dan tidak sedar, kami mendapat satu pengajaran yang amat bermakna dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan.
Dalam kehidupan harian kita, untuk menjadi seorang muslim yang baik hendaklah kita sentiasa ingatkan 2 perkara iaitu:
1. Hendaklah kita sentiasa ingatkan Allah, kerana kita adalah hambanya yang memikul amanah di bumi ini.
2. Hendaklah sentiasa ingatkan kematian, kerana kematian itu kian hampir dengan kita dan ianya satu kepastian. Dengan sentiasa mengingatkan kematian menjadikan kita tidak alpa, tidak sombong dan bongkak.
Manakala 2 perkara yang mesti kita lupakan ialah:
1. Hendaklah kita melupakan segala kebaikan yang kita buat. Jangan sekali-kali kita ungkitkan kebaikan kita, kerana jika kita ungkitkan maka sia-sialah segala kebaikan yang kita buat itu kelak.
2. Hendaklah kita melupakan segala kejahatan atau keburukan orang terhadap kita. InyaAllah kita akan dapat hidup dengan tenteram.
Penuhkan kotak pemikiran kita dengan perkara-perkara yang bermunafaat, yang boleh menjadi bekalan perjalanan kita yang masih jauh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda