Hari ini adalah hari akhir Mesyuarat Pemurnian Dokumen Standard TMK Tingkatan 1 Bil 3/2010 dan Pembinaan Exsemplar TMK Tingkatan 1 Bil 1/2010 ( 29/03/2010 - 01/04/2010 ). Dokumen yang disunting telah hampir siap, namun perlu di murnikan lagi. Kerja-kerja penyuntingan peringkat akhir sedang dijalankan oleh peserta-peserta dari negeri-negeri pantai timur.
Mengikut perancangan, subjek TMK akan menggantikan ICTL secara berperingkat mulai tahun 2012. Walau bagaimana pun, ianya bergantung kepada kementerian.
Mesyuarat ini di urusetiakan oleh PPK.
Mesyuarat dijadualkan akan tamat pada 12.30 tengahari ini dan peserta akan balik kerumah masing-masing. Bagi peserta-peserta dari Kelantan, terpaksa bertugas pada 30 dan 31 Mac 2010, walaupun rakan-rakan guru yang lain sedang menikmati cuti umum sempena ulangtahun hari keputeraan Sultan Kelantan. Inilah nasib kakitangan awam. Hari cuti pun kena kerja juga.
Diharapkan dokumen ini akan membantu meningkatkan proses PnP dan mutu pendidikan negara nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda