Thursday, November 25, 2010

Selamat Berjuang

Hari ini masuk hari ketiga calon-calon SPM menduduki peperiksaan bertulis.  Selamat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.  Semoga anda semua dapat menjawabnya dengan tepat mengikut kehendak soalan.  Jawablah dengan teliti, tulislah apa yang ditanya, jangan tulis apa yang kita tahu.  Antara kesilapan calon adalah menjawab tidak mengikut kehendak soalan.  Ingat, apa yang kita buat hari ini akan menentukan masa depan kehidupan kita akan datang.
Ambillah masa secukupnya untuk menjawab setiap soalan.  Jangan terburu-buru.  InsyaAllah anda semua akan dapat mengharunginya dengan jaya.  Selepas itu bertawakkallah.
Selamat berjaya.

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda