Pada hari sabtu, 21hb April 2012 adalah hari persekolahan bagi sekolah-sekolah di negeri Kelantan. Menggunakan jadual hari khamis, sebagai sekolah ganti untuk cuti Hari Raya nanti.
Persekolahan dimulakan dengan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekolah selama lebih kurang satu jam. Semua warga sekolah telah terlibat dalam aktiviti ini. Mereka dibahagikan mengikut kelas dengan lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.
Melalui aktiviti sebegini akan dapat menerapkan semangat kerjasama di kalangan warga sekolah dan sekaligus dapat menjadikan kawasan persekitaran di SMK Dato' Perdana bersih, sejuk mata memandang.
Pihak sekolah telah menyediakan minuman ringan kepada semua pelajar bagi membolehkan mereka menghilangkan rasa haus setelah lebih kurang satu jam bergotong royong.
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas hari ini telah bermula pada jam 9:40 pagi dan berakhir seperti hari-hari persekolahan biasa.
Sunday, April 22, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda