Sunday, May 6, 2012

Storan Komputer

Storan dalam sistem komputer adalah merujuk kepada ruang ingatan pada sesebuah komputer.  Ia terbahagi kepada dua iaitu:
  • Storan Primer (Ingatan Utama) dan
  • Storan Sekunder.
Storan Primer merangkumi RAM (Random Access Memory) dan ROM (Read Only Memory).
Storan Sekunder adalah storan alternatif.  Terdapat pelbagai jenis storan sekunder. Ia digunakan untuk menmyimpan program komputer dan dokumen.
Muatan data dalam storan komputer disukat dengan menggunakan sukatan bait (byte) iaitu KB (Kilobait), MB (Megabait), GB (Gigabait) atau TB (Terabait).


Perbezaan antara storan primer dengan storan sekunder

Sifat
Storan Primer
Storan Sekunder


Storan data
Berbentuk sementara dan akan hilang apabila bekalan elektrik terputus (meruap / volatile)
Storan kekal dan tidak akan hilang walaupun bekalan elektrik terputus (tidak meruap / non-volatile)


Capaian data
Tempoh capaian data adalah pantas
Tempoh capaian data lebih perlahan


Saiz storan
Mempunyai saiz storan yang lebih kecil
Mempunyai saiz storan yang lebih besar


Kapasiti data
Menyimpan data, maklumat atau arahan di dalam kapasiti yang rendah
Menyimpan data, maklumat atau arahan di dalam kapasiti yang besar


Fizikal storan
Storan jenis ini tidak boleh dipindah-pindah menyebabkan data atau maklumat yang tersimpan di dalam storan primer hanyalah untuk komputer tersebut sahaja
Storan jenis ini adalah mudah alih, ia boleh digunakan pada mana-mana komputer

RAM : Merupakan cip yang menyimpan aturcara data yang sedang diproses oleh CPU.


Fungsi RAM
  • Menyimpan aturcara sistem pengendalian dan perisian sistem yang bertindak sebagai antara muka di antara perkakasan dan aturcara aplikasi, serta mengawal sumber komputer.
  • Untuk menmyimpan aturcara aplikasi seperti pemproses kata, hamaran elektronik, pangkalan data, dan perembahan.
  • Untuk menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder untuk diproses atau untuk dihantar ke peranti output atau storan sekunder selepas pemprosesan.
  • Untuk menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan.
  • Untuk menyediakan ruang storan tambahan kepada aturcara atau data jika diperlukan.  Ini berlaku jika komputer mempunyai ruang ingatan storan  yang berlebihan.

ROM : Merupakan cip ingatan baca sahaja.  Ia menyimpan atur cara yang dimuatkan semasa pengilangan lagi.  Cip ROM tidak meruap dan tidak boleh diubah oleh pengguna.  Antara maklumat yang dimasukkan ke dalam cip ROM adalah konfigurasi-konfigurasi sistem komputer, kod mikro dan BIOS.

Fungsi ROM :
  • Menyimpan arahan yang rumit dan penting seperti arahan menghidupkan komputer, bahasa penterjemah aras tinggi dan sistem pengoperasian.
  
Storan Sekunder
Merujuk kepada sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal, sehinggalah fail berkenaan dipadamkan atau dihapuskan.
Ia tidak meruap kerana data disimpan sama ada dalam bentuk magnetik, optik atau magneto-optik yang tidak memerlukan bekalan tenaga elektrik.  Saiz storan sekunder lazimnya adalah 256MB, 512MB, 2GB, 4GB, 8GB, 16GB, 320GB, 500GB,atau 10GB.


Fungsi Storan Sekunder
Menyimpan data dan maklumat secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa.
Menyimpan program sistem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah komputer.



Jenis-jenis Storan Sekunder
  • Medium Magnet - sepertti Pita magnetik, Cakera liut, dan Cakera keras :
  • Storan Optikal - CD, DVD, Blue-Ray Disc (BD) : Ia menggunakan prinsip cahaya untuk data. Corak pembalikan cahaya laser yang digunakan menentukan data yang ditulis atau dibaca.
  • Ingatan Kilat - Pemacu kilat USB, Kad memori : Merupakan sejenis ingatan komputer tidak meruap yang boleh dipadam dan diaturcara semula secara elektrikal.

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda