Saturday, December 28, 2013

Tinggal beberapa hari lagi ...

 Hari ini genap seminggu kami berada di Flamingo, menjalankan tugas - urusan LPM.  Mengikut jadual, tugasan akan berkahir pada hari terakhir tahun ini.
Semalam sempat bersama umat Islam sekitar Ampang menunaikan solat Jumaat di Masjid dalam hotel - Hotel De Palma.  Kalau tidak silap terdapat 2 buah hotel sahaja di Malaysia yang mempunyai masjid dalam hotel yang boleh didirikan solat Jumaat.  Satu lagi adalah Grand BlueWave.  Bila agaknya hotel-hotel lain, khususnya sekitar bandar yang akan menyediakan kemudahan seperti ini.  Alangkah bagusnya, jika pengusaha-pengusaha hotel di Malaysia berlumba-lumba untuk menjadikan hotel mereka sebagai hotel Islam, sesuai dengan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Jumaahnya penuh.  Berada di tingkat 3, bersebelahan dengan kolam mandi.  Ini menjadi satu kenangan kerana ini adalah pertama kali kami menunaikan solat jumaat di sebuah hotel, bukan di masjid seperti selalu.
Jumaat terakhir 2013 menjadi satu kenagan bagi kami.
Selesai solat Jumaat, beratur dipintu keluar

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda