Saturday, January 2, 2016

Selamat Datang 2016

Tahun 2016 sudah pun dua hari berlalu.  Tahun 2015 sudah menjadi sejarah.  Biasanya kebanyakan kita memasang azam baru, cita-cita baru, harapan baru.  Azam sebelum ni kadangkala tinggal azam.  Apapun, sedar atau tidak, sama ada kita peduli atau tidak, usia kita semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya, dengan kata lain kita semakin tua.
Jika kita peka, duit syiling mempunyai dua muka, dan kita juga mempunyai dua nilai muka. Apabila usia kita bertambah, secara tidak langsung, dalam erti kata lain, baki usia kita di atas muka bumi ini kian berkurang.
Sudahkah kita membuat akaun untung rugi kehidupan yang telah kita tinggalkan?

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda