Alhamdulillah, hari ini, 15 Oktober 2021 berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Raudatul Jannah, Dengkil. Sejak PKP, hari ini kami berpeluang menunaikan solat Jumaat dengan kapasiti penuh. Dengan mengekalkan SOP masjid, ramai juga yang kelihatan bersolat di luar masjid kerana ruang solat di dalam telah penuh. Apa pun syukur kepada Allah diberikan rezeki untuk sama-sama menunaikan solat jumaat. Semoga keadan kembali pulih seperti sebelum kehadiran pandemik ini dalam masa terdekat.
Ini adalah antara ujian-ujian yang perlu kita hadapi dengan penuh keinsafan. Marilah sama-sama kita kembali ke landasan yang betul dengan menjauhi larangan-larangan Allah dan mengerjakan segala suruhanNya.
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda