Destinasi terakhir bukan bermaksud destinasi mutlak terhadap makhluk yang bergelar manusia dalam kehidupannya. Makdsud di sini ialah destinasi terakhir selepas kewujudannya di mukabumi ini. Setelah menghabiskan segala rezeki dan takdirnya, sampai saat dan ketikanya, setiap insan bergelar manusia pasti akan sampai ajalnya, destinasi terakhirnya adalah di alam barzakh, sementara menunggu kiamat. Menunggu hari kebangkitan yang abadi.
Hari ini, 18 Ramadhan 1445 (29 mac 2024) berkesempatan menghadiri pengebumian ibu seorang rakan yang baru meninggal petang semalam. Yang menariknya ialah ibu tua ini menghembuskan nafas terakhinya di atas katil pesakit yang baru tiba dirumahnya pagi ini. Sudah bertahun beliau dalam keadaan uzur, cuma sejak akhir-akhir ini keadaannya kian teruk, perlu disalurkan susu untuk keperluannya. Jadi untuk tidak menyusahkannya, katil diperlukan.
Atas inisiatif kawan-kawan NGO, berjaya dapat dipinjamkan katil yang diwaqafkan. Alhamdulillah, dapat ringankan beban keluarag pesakit ini. Namun, janji Allah tetap berlaku. Pagi dapat berbaring diatas katil, petangnya sudah dijemput Allah menemuiNYA. Berakhirlah ujian yang dialaminya selama ini. Berakhir jugalah peluang anak-anak untuk menyantuni ibu mereka.
Destinasi tempat berehat serusnya adalah tanah perkuburan, dalam liang lahad. Tanpa mengira dari mana kita datang, dalam kedudukan mana tahap kehidupan kita, adakah dari rumah mewah, dari rumah kayu, kita tetap akan destinasi yang sama, LIANG LAHAD dan ditinggal bersendirian di sana sementara menunggu hari kebangkitan.
Innalillaahi wainna ilaihiroojiuun.
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda