Akhirnya Ramadhan 1429H berlalu dengan seribu kenangan. Ramadhan yang bakal tiba belum tentu dapat dinikmati kerana kita tidak tahu dengan pasti penghujung riwayat hidup kita. kita cuma berupaya untuk berharap dan berdoa semoga bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan itu mampu kits hayati lagi.
Namun demikian, kelas intensif selama sebulan yang kita lalui mampu memberikan kita pengajaran yang bermakna dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kerja buat seharian kita. Segala amalan yang baik dan terpuji perlu diteruskan supaya semangat Ramadhan yang telah kita lalui benar-benar menjadi ibadat bukannya menjadi satu adat yang saban tahun diikuti.
Apa yang penting biarlah hari ini menjadi lebih baik dari hari semalam dan esok menjadi lebih baik dari hari ini.
Sunday, October 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda