Friday, October 10, 2008

Menghargai ... Yang Hilang

Kita semua tahu bahawa semua kejadian makhluk adalah berpasang-pasang. Masing-masing ada pasangannya. Samada yang bernyawa secara zahirnya atau sebaliknya. Air sungai ada pasang surutnya. Begitulah indah dan teraturnya kehidupan ini. Kadangala aturan ini kita lupa atau sengaja tidak mahu ambil peduli.
Kita selalunya mungkin secara tidak sengaja tidak menghargai apa yang kita ada. Keadaan ini menjadikan kita terus dalam kealpaan. Terus dalam zon selesa. Kita mempunyai banyak bidalan melayu yang mengingatkan kita, yang menjurus kita supaya tidak mudah alpa, selalu cermin diri. Di sekolah kita diajar matematik. Dahulu subjek matematik dikenali sebagai Ilmu Hisab.
Dalam matematik, tambah, pasangannya tolak. Dharab pasangannya bahagi. Kita belajar ilmu ini, kita gunakan dalam kehidupan harian kita untuk mengira, menghitung untung rugi dalam perniagaan, untuk mengira gaji dan upah. Sayangnya kita hampir lupa untuk menghayati ilmu ini.
Barangkali kita terlupa ...
Untuk mengapliaksikan matematik keatas diri kita. Mungkin perkataan muhasabah asing bagi kita. Sama-sama kita fikirkan apakah pertalian matematik dengan muhasabah?
Yang hilang boleh dicari ganti.
Adakah sama antara yang hilang dengan pengganti?
Adakah semua yang hilang boleh diganti? sebagaimana ungkapan Patah tumbuh, hilang berganti?
Bagaimana dengan usia kita yang telah kita lalui?

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda