Thursday, December 31, 2009

Dia datang lagi

Hari ini adalah hari terkahir tahun 2009. Esok, bermula tahun 2010. Sepanjang tahun ini tentu banyak peristiwa yang telah kita lalui. Ada yang menyeronokkan, tidak kurang juga yang tidak menyenangkan hati.
Sudah menjadi kebiasaan, menjelang tahun baru, maka azam pun baru. Kadangkala kita terlupa untuk menilai balik azam kita di awal 2009 yang lepas. Setakat manakah azam yang kita buat itu tercapai? atau adakah sekadar azam. Semakin pudar bersama bertambahnya hari-hari yang berlalu.
Apakah kemajuan yang telah kita capai?
Apakah sumbangan kita sepanjang 2009 ini?
Apakah kejayaan yang telah kita capai sepanjang tahun ini?
Sudahkah kita bersedia menghadapi tahun 2010?
Walau apa pun,
Pastikan
Hari esok lebih baik dari hari ini.
Apakah yang boleh kita sumbangkan kepada diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, agama kita.
Berilah yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda