Thursday, January 7, 2010

Renungan Pagi Khamis

Pagi ini semasa sibuk mencari-cari fail simpanan, terjumpa bahan email dari salah seorang plajar yang sering mengirimkan bahan-bahan bacaan untuk dikongsi bersama. Ada baiknya saya masukkan ke ruangan ini untuk tatapan ramai. Mana-mana bahagian yang berguna tu jadikanlah sebagai panduan, mana yang tak baik tu lupakanlah.

Judul asalnya adalah SAKARATULMAUT - SEDIKIT RENUNGAN UNTUK KITA SEMUA.
Antara isi kandungannya ialah:

Kisah Salahuddin Al-Ayyubi. Pernah satu ketika, Salahuddin Al-Ayyubi menyuruh wazirnya balutkan tubuh dia dengan kain kafan tapi Salahuddin Al-Ayyubi pesan supaya tangannya dibiarkan terbuka. Wazirnya menjawab "Aku tidak sanggup melakukannya" . Kata Salahuddin Al-Ayyubi, "Kalau begitu, engkau lakukannya di saat aku mati nanti. Sampai waktunya yang telah ditetapkan, Salahuddin menghembuskan nafas yang terakhir. Wazirnya melaksanakan pesan Salahuddin Al-Ayyubi. Seluruh tubuhnya dibalut dengan kain kafan kecuali tangannya dibiarkan terbuka. Semasa jenazah diusung, ramai la yang melihat tangan Salahuddin Al-Ayyubi tak berbalut. Mereka bertanya kepada wazir Salahuddin Al-Ayyubi "Kenapa engkau biarkan tangannya dibiarkan terbuka?" Jawab wazir tersebut, "Baru kini aku mengerti. Salahuddin Al-Ayyubi ingin menunjukkan bahawa tiada ada apa yang akan dibawa ketika mati nanti."

Kata Ustaz, masa nyawa sampai ke halkum, segala perbuatan kita semasa di dunia akan ditunjukkan satu- persatu. Ustaz ada sebutkan 5 perkara. 4 daripadanya bukan milik kita bila dah mati nanti, hanya 1 sahaja milik kita...

Roh - milik malaikat maut
Harta - milik waris
Kulit, isi daging - milik ulat untuk dimakan
Tulang - milik tanah untuk diurai
Amalan - milik kita

mudah-mudahan dengan sedikit bahan ini dapat menyedarkan kita semua supaya kembali ke atas landasan hidup.

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda