Tuesday, March 2, 2010

Ujian

Setelah dua bulan belajar, tibalah masa untuk diuji.  Peperiksaan bermula 1 Mac bagi pelajar tingkatan 4 dan 5, 7 Mac bagi tingkatan 1, 2, dan 3.  Adakah apa yang dipelajari sepanjang tahun ini dapat di terima dengan baik oleh pelajar?  Setakat manakah hasil yang diperolehi oleh pelajar?  Di tahap manakah kesediaan mereka untuk menghadapi ujian besar nanti?  Bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM di hujung tahun nanti, mereka tentunya akan dapat mengukur dan menilai tahap kesediaan masing-masing.
Inilah masanya untuk membuat senarai semak.
Tampal mana yang bocor,
Kutip mana yang tercicir.
Kejar mana yang tertinggal.
Bagi yang sudah bersedia jangan berpuashati dengan tahap anda sekarang, teruskan usaha.
Moga semua berjaya.

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda