Sunday, December 11, 2016

Hari yang penuh

KL, sabtu 10 Disember 2016: satu hari yang penuh dengan aktiviti, bermula pagi, jam 11:00  Kota Damansara,dari bertolak ke Kajang, untuk menghdiri majlis perkahwinan anak saudara. 


Selesai menghadiri majlis kenduri, kami ke Kajang Sate (Hj Samuri), saudara Joe menanti disana, sekali lagi makan.  Kali ni makan sate.  Kami sekeluarga dirai oleh Joe, lebih kurang jam 3:30 petang.  Cuaca kurang baik, hujan turun sejak jam 1.00 tengahari tadi sewaktu kami berada di mjlis kenduri kahwin.


Selesai makan, lebih kurang jam 4:30 petang, kami bergerak ke bndar baru Bangi, kali ini kerumah adik pula.  Solat asar di sini, sambil sembang-sembang sementara menunggu azan maghrib.

Sate Kajang (Hj Samuri)

Selasai solat maghrib sekali lagi pergi makan, kali ini di restoran D'One, selesai makan lebih kurang jam 9:30 malam, barulah boleh bertolak balik ke Kota Damansara.  Sampai di Kota Damansara dalam keadaan letih dan mengantuk, apa lagi mandi, solat dan terus tidur sampai pagi.
    
Restoran D'One
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, P Chepa, 9 Disember 2016 untuk berlepas ke Subang


No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda