Tuesday, January 3, 2017

Cerita tahun lalu

Ini cerita tahun lalu, tahun 2016. Selama hampir dua minggu berada di Melaka, ingin dirakamkan di sini. Pada 15 Disember 2016, ku tiba di bumi Melaka selepas lama tidak ke sana.  Kalau 20 tahun dulu, sungai Melaka kelihatan tidak terurus, hari ini, sungai Melaka menjadi satu tarikan pelancong ke Melaka.  Tidak sah anda ke Melaka jika anda tidak menaiki cruise sungai Melaka, itulah kata mereka.
Setelah tugasan selesai, kami sepakat untuk menaiki cruise di sungai Melaka.  Untuk mendapatkan tiket, terpaksa beratur panjang, dah dapat tiket, kena beratur lagi untuk menaiki cruise ini.  Akhirnya, dapatlah kami menaikinya menyusuri sungai Melaka.  Untuk satu cruise, maksima penumpang adalah 40 orang, tambang adalah RM16.00 seorang bagi hari minggu, khabrnya ada 30 unit cruise yang beroperasi setiap hari.  Bayangkan berapakah pungutan yang diperolehi bagi aktiviti ini setiap hari? Perjalanan selama 20 minit menyusuri sungai Melaka ini memang berbaloi dengan tambang yang kami bayar.
Ini adalah antara pengalaman kali ini kami berada di Melaka.








Menikmati Mee rebus Kampung Morten
Mee rebus Kampung Morten
 



















No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda