Friday, April 6, 2018

Raikan Anak-Anak Yatim - Mac 2018



Tarikh : 31 Mac 2018 (Sabtu)
Tempat : Restoran Nasi Kandar, Banggol
Masa : Selepas solat zohor ( 2:30 petang)

Seperti bulan-bulan sebelumnya, sekumpulan anak-anak  yatim diraikan di Restoran Nasi Kandar.  Setiap sabtu, hujung bulan mereka secara bergilir akan dibawa ke sini untuk menjamu selera dan sedikit buah tangan diberikan sebelum mereka pulang ke tempat mereka semula.
Sumber kewangan adalah daripada ahli-ahli kumpulan bekas pelajar SMK Kedai Buloh (1973-1975) serta dari sumbangan/derma orang ramai yang sama-sama ingin menghulurkan sumbangan.
Kepada sesiapa yang ingin turut serta memberikan sumbangan sama ada tenaga atau meterial amat dialu-alukan.  Program untuk bulan april adalah pada sabtu, 28 April nanti.
Bagaimana mereka ini dipilih? Pemilihan mereka dibuat oleh penyelaras Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim.  Kami tidak terlibat dengan pemilihan ini, kami hanya menyediakan juadah yang akan diberi kepada mereka.  Jika menerima banyak sumbangan material, maka besarlah sedikit nilai sampul yang mereka terima sebelum pulang.
Inilah cara kami untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka, walaupun tidak sebesar mana, kami bertekad untuk meneruskan program ini sekadar kemampuan kami.

Hj Wan Pha - Pengusaha restoran dan Teraju utama program
























No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda