Tempat : SMK Dato' Perdana, Bachok, Kelantan
Perkara : Majlis persaraan
Apabila tiba masanya, sama ada suka atau sebaliknya, mahu atau tidak, tidak boleh tidak. GO mengatakan seeorang pegawai awam perlu bersara menjelang usia 60, maka apabila angka ini sudah tiba, perlulah penjawat awam tadi bersara. Kini tiba giliran ku untuk bersara dari dunia perkhidmatan awam, kerana pada 05 April adalah ulangtahun kelahiran ke 60. Jadi hari ini adalah hari terakhir sebagai penjawat awam. Lepas ini dapat gelaran YB (Yang Bersara), tak perlu bertanding dalam pilihanraya. Jika bertanding pun, belum tentu dapat pegang gelaran YB, silap haribulan hilang wang pertaruhan. Ku jangkakan hari ini parlimen bakal dibubarkan, bolehlah masuk rekod Hari Ini Dalam Sejarah, nampaknya jangkaan meleset.
Setelah 36 tahun berada dalam dunia pendidikan, akhirnya jadi YB. Masa untuk digantikan dengan guu baru yang masih melambak diluar sana menantikan jawatan-jawatan yang kosong. Kesian mereka. Alangkah baiknya jika umur persaraan boleh diundurkan balik ke angka 55 atau 56 tahun, tentu ramai graduan yang belum dapat kerja dapat mengisi kekosongan ini.
Sedih juga rasanya terpaksa meninggalkan sekolah, meninggalkan para pelajar yang masih memerlukan bimbinganku. Mudah-mudahn mereka akan terus belajar dan berjaya dengan cemerlang.
Kepada rakan-rakan guru, teruskanlah perjuangan mendidik anak bangsa. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan mendidik dan membimbing mereka. Kepada anak-anak pelajar, belajarlah dengan tekun, Jangan berputus asa. Usahalah semaksima mungkin, insha Allah kejayaan pasti diraih. Percayalah, yang patah kan tumbuh, yang hilang pasti berganti. Mungkin yang tumbuh lebih baik dari yang patah, yang berganti lebih cemerlang dari yang hilang.
Kepada anak-anak pelajar, satu pesan cikgu, Bila kita dipuncak, jangan lupa asal kita, jangan lupa rumput yang dipijak.
Gambar-gambar kenangan
Ucapan Pengetua |
Punch Card Terakhir - 04042018 |
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda