Tuesday, June 19, 2018

Warna-Warna Idilfitri 2018

Tahun ini, 1 Syawal jatuh pada hari jumaat, 15 Jun 2018. Selepas solat sunat Hari Raya, tengahari akan ke masjid lagi untuk menunaikan solat Jumaat. Kegembiraan terpancar di wajah masing-masing.  Selepas sebulan berpuasa, berlapar dan dahaga, akhirnya hari kemenangan tiba jua.  Alhamdulillah, anak-anak pulang ke rumah orangtu masing-masing untuk sama-sama memeriahkan suasana sambutan hari raya.  Gembira tak terkata ibubapa menerima kepulangan anak cucu mereka.
Aktiviti kunjung mengunjung dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan keuarga, jiran tetangga.














Hari raya tahun ini, alhamdulillah di kunjungi seorang rakan lama, sejak terpisah tahun 1981 di UPM, pada raya kali ini beliau bertandang ke rumah.  Syukur, Tg Azmi adalah rakan sekelas semasa form 6 di SMIP 1976/77.  Kami sama-sama melanjutkan pengajian di UPM pada 1978. Hari ini, 16 Jun 2018 (2 Syawal 1439) berjumpa semula.

Selamat Hari Raya.
Renugan Sejenak sempena raya kali ini
Meminjam kata-kata seorang ustaz: Dalam kehidupan kita ini, sehingga kini, dari kecil hinggalah dewasa sudah banyak peningkatan yang kita perolehi.  Misalnya dari segi akademik, selepas menamatkan UPSR, kita menduduki PMR, SPM, dan seterusnya.  Itulah ukuran pencapaian yang kita gunapakai hari ini.  Ada orang sampai peringkat Doktor Falsafah, dengan kata lain, dari sehari ke sehari ada kemajuan yang kita capai.
Sebagai seorang muslim, pernahkah kita melihat 'track record' amalan puasa kita, ibadat kita yang lain? Kerana perkara ini kita akan bawa bersama melepasi kehidupan kita di atas muka bumi ini.  Adakah puasa kita kali ini lebih baik dari pusa tahun lalu atau sebaliknya atau sama sahaja? Cuba kita bina satu graf perbandingan pencapaian dalam kehidupan dengan pencapaian dalam diari seorang muslim..
Renung-renungkan bersama.

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda