Banyak perkara/peristiwa yang berlaku dalam bulan Julai ini, akibat menangguhkannya maka jadi bertimbunlah. Bermula dengan Kursus Perdana Haji 1439 di IKTBN Bachok. Di sini hampir semua bakal jemaah haji tahun ini hadir untuk kemuncak kursus Haji tahun 2018.
Sabtu, 11 Julai program santai bersama rakan-rakan bekas pelajar SMK Kedai Buloh (71-73) di Pantai Mek Mas, Kuala Besar.
Majlis kesyukuran bersama guru-guru dan para staf SMKDP di SMKDP pada khamis, 19 Julai dibuat sempena tiga orang guru SMKDP akan menunaikan haji tahun ini, Cg Nik Ahmad Khan, Cg Tg Zainuzzaman, dan Cg Fauzi serta Cg Mohd Sambri (bersara 5/4/2018).
Penerbangan dari KL ke Madinah dijadualkan pada 2 Ogos, kami merancang untuk ke KL pada 28 Julai. Tanpa disangka, anak telah mendapat tawaran melanjuttkan pelajaran ACCA di Kolej INTEC, Shah Alam. Pendaftaran pada Selasa, 24 Julai. Jadi untuk menguruskan pendaftaran ini, kami bertolak ke KL pada Isnin 23 Julai. Bertolak dari rumah lebih kurang jam 11:00 pagi,tiba di Shah Alam dalam jam 7:20 malam. Bermalam di Seksyen 5 Kota Damansara.
Bagi mengelakkan kesesakan di jalanraya, jam 7:30 pagi keesokan harinya kami bertolak ke INTEC. Urusan pendaftaran selesai sekitar jam 9:40 pagi. Dari kolej INTEC bergegas ke pangsapuri DAMAI (tempat penginapan pelajar). Selesai menguruskan tempat penginapan Afham, kami bertolak pulang.
Khamis, 26 Julai solat hajat (selepas solat maghrib) bersama jemaah masjid Banggol memohon keberkatan, keselamatan kepada penderma-penderma program jamuan kepada sekumpulan anak yatim pada 28 Julai, bakal-bakal haji dan lain-lain lagi.
28 Julai, program meraikan sekumpulan anak yatim (program bulanan, sabtu setiap hujung bulan) di Sri Kandar Restoran, Banggol.
29 Julai - kami bergerak ke Damansara untuk menunaikan ibadat haji yang dijadualkan berlepas pada 2 Ogos 2018.
Kepada kawan-kawan, kenalan dan semuanya, sepuluh jari disusun, kemaafan ku pohonkan.
Doakan semoga urusan kami di sana berjalan lancar dan memperolehi haji yang mabrur.
Amiin.
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda