Alhamdulillah, tahun ini kami berpeluang menjadi tetamu Allah. Bermula Disember 2017 mulalah kami mengikuti Siri kursus haji 1439H. Setiap sabtu kami menghadirkan diri di masjid berkaitan. Permulaannya hadir di masjid mukim jelawat. Selepas beberapa Siri, kami pindah ke masjid Telipot di Kota Bharu. Untuk memantapkan lagi pengetahuan Dan kefahaman, kami juga menadah telinga di masjid kubang kerian.
Jadi, dalam seminggu, kami paksa diri kami hadiri kursus 2 kali. Jumaat di masjid Telipot, sabtu di masjid kubang kerian.
2 Ogos 2018 melapurkan diri di kompleks Tabung Haji di Movenpick, Sepang.
Selepas selesai semua pemeriksaan sepatutnya, jam 17:00 kami di bawa ke KLIA dengan bas. Penerbangan KT XY20B, menaiki pesawat Saudi Air. Selesai urusan cop passport imigresen Malaysia, urusan cop passport imigresen Saudi pula. Urusan imigresen diselesaikan di KLIA. Setelah menunggu lebih kurang sejam di sini, kami seramai lebih kurang 500 bakal haji mula menaiki pesawat.
Tepat jam 20:35 pesawat mula berlepas ke Madinah, mengambil Masa selama lapan jam. Makan malam dihidangkan Dua Kali, setengah jam berada di udara, kami dihidangkan dengan nasi berlaukkan rendang daging. Hidangan makan malam lebihkurang Dua jam sebelum mendarat, nasi lemak. Alhamdulillah.
Mendarat di Lapangan terbang Madinah, jam 10:30 malam. Dari sana kami dibawa menaiki bas ke hotel penginapan berhampiran masjid nabawi.
Dalam jam 23:30 selesai mendarat di bilik 837, hotel Al Haram. Jaraknya 60 meter dari masjid nabawi.
Kami berada di sini sehingga waktu zohor, 8 ogos, 2018, hari rabu sebelum bergerak ke Kota Mekah.
Wednesday, August 15, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda