Tarikh: 18 ogos 2018 (7 Zulhijjah), kami yang berada di aras 11, maktab 81 diberitahu untuk stanby bergerak ke padang Arafah bermula jam 9:00 pagi besok (8 Zulhijjah).
Minggu kedua berada di bumi Mulia ini agak mencabar juga. Selepas ujian pertama selesai, selsema pula tetiba singgah, ya Allah permudahkanlah urusan kami di sini. Syukurlah, berbanding dengan ramai jemaah lain yang rata-ratanya batuk. Alhamdulillah,
Semalam, jumaat bersolat subuh di bumbung masjidilharam, kawasan bawah dah penuh. Dikatakan tradisi warga Mekah akan datang bersolat di masjidilharam pada hari jumaat. Mereka mula menuhi masjidilharam pada malam jumaat lagi. Selepas jumaat mereka akan kembali ke kampung halaman masing-masing.
Dengan ketibaan jemaah haji yang baru menjadikan kepadatan meningkat. Jam 10:00 pagi, laluan utama masuk ke masjidilharam telah ditutup, mereka yang lewat terpaksa solat di dataran di luar masjidilharam atau ke masjid India yang ada berdekatan.
Amat mengkagumkan, ada jemaah yang berjam-jam berpanas di atas bumbung untuk menunaikan solat jumaat.
Hari wukuf semakin dekat. Tahun ini Hari wukuf jatuh pada Hari Isnin, 20 Ogos 2018 (8 Zulhijjah) Dikatakan pada waktu wukuf inilah segala doa akan diangkat terus kelangit. Tiada hijab pada waktu ini. Bagi semua kaum muslimin, rebutlah peluang untuk memanjatkan doa pada waktu ini. Dari gelincir matahari, waktu zohor hingga berakhirnya waktu asar (awal maghrib). Dari 12:25 hingga 18:42 ptg (20 ogos / 9 Zulhijjah) waktu tempatan, bagi Malaysia, tambah 5 jam, ialtu 17:25 hingga 23:42 (20 Ogos). Rebutlah peluang ini.
Saturday, August 18, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda