Saturday, March 16, 2019

Usahawan eBook

Bunyinya macam canggih.  Memang pun bagi mereka yang baru dalam bidang ini.  Apabila terima whatssApp dari seorang ahli dalam kumpulan, terasa ingin tahu juga konsep baru ini.  Boleh miliki kedai buka atas talian. Apa kelebihannya berbanding kedai buku fizikal?
Banyak kelebihannya.
Anda tak perlu modal untuk menyewa  premis dijadikan kedai buku. Tidak perlu ada pekerja, sekaligus tak perlu bayar gaji pekerja. Pastinya jimat belanja.  Tak perlu nak jaga kedai,  bil-bil utiliti tak perlu dibayar.  Eh eh, bunyi macam senang.
Hasilnya, pada hari jumaat lalu (01 Mac 2019) pergilah mendaftarkan diri di ITC Kubang Kerian untuk mengikuti bengkel eBook secara percuma yang dianjurkan oleh KUEM (Kelab Usahawan EBook Malaysia).  Bengkel yang dikendalikan oleh En Yusri (presiden KUEM) ini bermula jam 3.00 petang dan tamat jam 6:00 petang.  Mereka yang hadir petang itu, memperolehi laman web kedai buku maya sendiri secara evenchise dengan KUEM, PERCUMA.
Para peserta diajar bagaimana untuk setup kedai buku masing-masing, dengan masing-masing memperolehi subdomain secara percuma.  Pembaharuan yang diperkenalkan oleh KUEM ini ialah membina laman eBook menggunakan telefon pintar.  Dengan aplikasi telegram, sesiapa sahaj mampu memilik laman ebook sendiri.
Seramai 30 orang peserta telah mengikuti bengkel ini.  Rupanya kami adalah kumpulan ketiga menjadi peserta bengkel eEeBook anjuran KUEM ini.
Terima kasih kepada en Yusri (coach Yie) dan team yang telah memberikan pendedahan dan peluang kepada kami.
Kepada yang ingin menyertai KUEM atau memiliki kedai buku maya, bolehlah klik sini. Pastikan anda memiliki aplikasi telegram.
Sila kunjungi bookstore maya ini untuk memilih eBook yang berkenan di hati. 
Bagaimana ingin membeli eBook ini?
Ia boleh sama ada menggunakan SMS atau atau kad kredit.
Bagi rakyat Malaysia, boleh memesan buku-buku ini menggunakan SMS.  Ada buku-buku percuma juga disediakan untuk pengunjung eBook ini.
Sila Klik sini untuk kunjungi eBookstore.
Menerima sijil kursus daripada Presiden KUEM





No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda