Friday, May 1, 2020

Musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)


Sebagai satu kenangan, seumur hidup belum pernah jumpa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
Akibat penularan wabak Pandemik, bermula dengan wilayah Wuhan di China, kemudian menjangkau seluruh pelusuk dunia telah ditimpa masalah yang sama. 
Sebagai langkah keselamatan bagi mengawal penularan wabak akibat vicur corona, bermula 18 Mac 2020, Malaysia telah memulakan PKP fasa satu.

Kesan dari PKP ini, hampir kesemua aktiviti dibekukan. Pasukan petugas kesihatan di barisan hadapan bertungkus-lumus bertugas dengan gigih untuk mengawal jangkitan ini, pasukan keselamatan juga telah memainkan peranan masing-masing bagi memastikan PKP dipatuhi.  Ini adalah untuk membendung penularan wabak covid-19

Sebagai kenangan elok rasanya dirakamkan di sini sebahagian dari peristiwa yang berlaku ini sebagai rujukan pada masa akan datang.  Semoga selepas peristiwa ini, tiada lagi wabak-wabak yang sedimikian melanda negara Malaysia ini.

Fasa-fasa PKP

Fasa 1 : 18 Mac – 31 Mac
Fasa 2 : 01 Apr – 14 Apr
Fasa 3 : 15 Apr – 28 Apr
Fasa 4 : 29 Apr – 12 Mei
Fasa 5 : akan menyusul

Sepanjang tempoh PKP, aktiviti ekonomi terbantut, harga minyak dunia jatuh, kesannya harga minyak kenderaan juga turut mengalami penurunan sehingga mencapai RM1.50/liter bagi Ron 95, tengok pada harga minyak memang seronok, tetapi minyak dalam tangki kenderaan yang diisi penuh hampir tidk luak, sebab kenderaan tersadai di rumah akibat PKP.
Mungkin selepas ini tamat wabak ini, harga minyak mendaki semula.  Harap-harap tidaklah setinggi harga sebelum ini.

Fasa 3 dan Fasa 4 PKP jatuh pada bulan Ramadhan tahun ini. Ringkasan PKP penuh adalah 

  • Tiada bazar ramadhan tiada terawih di masjid
  • Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
  • Tiada bunyi mercun, tiada yang bakalcedera akibat mercun, tiada bunga api mewarnai malam raya.
  • Harga minyak jatuh.
  • Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
  • Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what's app.


  • Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dengan meletak tangan di dada.
  • Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
  • Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yang kantoi jual rokok seludup dan ketum.
  • muncul ramai pengusaha maya.
  • pembelian atas talian meningkat.
  • Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
  • Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
  • Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
  • Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
  • Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan, alternatifnya diganti dgn kahwin online.
  • Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
  • Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
  • Taman permainan kanak - kanak ditutup.
  • Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
  • Kekurangan alat bantuan pernafasan
  • bagi pesakit kritikal.


  • Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan.
  • Rak - rak di kedai menjadi kosong.
  • Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
  • Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
  • Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
  • Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
  • Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
  • Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
  • Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
  • Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
  • Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
  •  "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 


Semoga catatan ini akan menjadi ingatan kepada kita semua.
Hargailah anugerah ini.
PKP mengajar kita untuk menyayangi, saling menjaga di antara satu sama lain.  Disebalik musibah ada hikmahnya.

#kita jaga kita#
#StayAtHome#

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda