Friday, November 7, 2008

Lihatlah sekeliling kita

Apabila melihat sekeliling kita, berbagai gambaran yang akan kita perolehi. Berbagai telahan boleh kita buat. Apabila kita bertanya kepada seseorang, tentunya kita mengharapkan satu jawapan. Kadangkala jawapan yang kita perolehi tidak dapat kita terima, kadangkala jawapan itu dapat melapangkan perasaan kita, kadangkala jawapan yang kita terima tidak memuaskan hati kita, tetapi kita terima juga. Adakalanya jawapan yang kita terima tidak kita sangka.

Sama ada kita sedar atau sebaliknya, pada setiap soalan yang kita lontarkan, kita sudah tentukan bentuk jawapan yang kita inginkan. Mungkin kita soal untuk mendapatkan jawapan yang betul-betul telus atau jujur. Kita juga mungkin mahu supaya jawapan yang diberikan nanti memenuhi kehendak kita, walaupun jawapan itu tidak tepat, tetapi yang penting menepati citarasa dan kemahuan kita.

Pihak yang menjawab soalan kita juga demikian. Ada yang memberikan jawapan dan pandangan secara jujur dan ikhlas. Ada juga yang memberikan jawapan mengikut kehendak penyoal. Walaupun jawapannya tidak jujur, tetapi ia memenuhi kehendak penyoal. Dengan kata lain, jika kita memilih cara ini, unsur-unsur penipuan terus kita amalkan dalam kehidupan kita. Kadangkala apa yang terucap tidak selari dengan apa yang tersirat.

Akhirnya, sambil kita menatap cermin setiap hari, cuba buat refleksi kedalam diri kita, di tahap manakah kita sekarang. Ini boleh membantu kita memperkasakan diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita. Ubat biasanya pahit untuk ditelan, tetapi kesannya selepas itu menyihatkan badan.

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda