Apabila menatap akhbar harian hari ini, pasti semua pembaca akan terbaca berita mengenai keadaan kesesakan di kaunter bayaran saman sama ada di Pejabat Pos atau di kaunter bayaran saman di PDRM. Itulah yang biasa berlaku dalam kehidupan harian kita. Selagi belum sampai ke saat akhir, selagi itulah kita mengambil jalan mudah, biarkan dulu, tunggu dulu, lambat lagi.
Akibat daripada sikap ini akan timbullah pelbagai rungutan dan luahan rasa tidak puashati. Ini ditambah lagi dengan kegagalan sistem bayarab berkomputer untuk beroperasi seperti biasa. Barangkali akibat bebanan yang tiba-tiba menjadikan sistem pun pening, maka berlakulah kegagalan sistem.
Apa yang penting ialah sikap kita. Apabila berlaku kegagalan sistem, atau terlalu lama menunggu, pelbagai rungutan dan cadangan timbul. Kenapa tidak sediakan kaunter yang lebih banyak? Kenapa itu, kenapa ini?
Kalau diperhatikan, semua soalan tadi satu pun tidak mengarah kepada diri kita. Kenapa kena tunggu saat-saat akhir baru nak bertindak? Kenapa tidak bayar saman awal-awal? Kenapa kita harus bertangguh dalam membuat sesuatu tindakan? Akhirnya siapa yang menerima tempiasnya? Berbaloikah menunggu lima jam semata-mata untuk mendapatkan diskaun 50%? Bayangkan jika tindakan diambil lebih awal sepanjang tempoh tawaran dibuat?
Kebiasaan ini juga yang sebahagian dari kita amalkan dalam kehidupan harian. Tabiat suka bertangguh. Nak beribadat pun bertangguh, tunggu nanti pencen baru kita beribadat. Tunggu bila dah tua baru kita bertaubat.
Apakah beribadat ini untuk orang yang dah berusia senja? Adakah dalam usia emas baru boleh berulangalik ke masjid? Belajar ugama, tinggalkan kehidupan dunia?
Jangan sampai menepuk dahi kesal kerana tak buat itu, tak buat ini awal-awal. Bila dah terlewat, agaknya tiada apa lagi yang tinggal. Hanya kekesalan yang tidak membawa apa-apa makna.
Marilah sama-sama kita mengubah sikap dan cara hidup kita. Sama-sama kita ubah cara kita bertindak. Kerana kita mewarisi asal keturunan yang sama, iaitu kita semua dari baka yang hidup tidak kekal, iaitu mati. Rebutlah peluang yang ada selagi kita berkesempatan. Jangan jadi seperti apa yang berlaku dikaunter bayaran saman.
Dalam kes saman, ada juga diskaun, tapi dalam kehidupan, tiada diskaun, kita dapat mengikut apa yang kita buat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda