Thursday, March 17, 2011

Bersyukurlah

Syukur AlhamdulilLah.  Negara kita terselamat dari bencana sebagaimana yang melanda negara Jepun.  Cuba bayangkan jika Tsunami melanda negara kita?  Mariah kita sama-sama bersyukur kepada Allah di atas kurnianya selama ini.  Janganlah apabila menerima musibah baru kita nak menoleh.  Perhatikanlah di sekeliling kita.  Berapa banyak nikmat yang dianugerhkan kepada kita?  Alangkah nikmatnya dapat menghirup udara bersih.
Bagaimana agaknya udara yang kita sedut setiap detik ini dikotori?  pernahkah kita gambarkan harga yang perlu dibayar oleh pesakit yang memerlukan tabung oksigen?  Itulah antara nikmat yang barangkali jarang di antara kita sedari bahawa ianya diberi percuma, tanpa perlu membayarnya.  Cuba bayangkan jika nikmat ini ditarik balik dari kita, seperti mana pesakit-pesakit yang terpaksa hidup bergantung kepada tabung / balang oksigen?  Tentu di saat itu, hanya penyesalan yang mampu bermain di benak kita.
Hargailah anugerah yang kita nikmati.

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda