Tuesday, June 28, 2011

Kita Punya Pilihan

Memang benar apabila dikatakan bahawa kita ada pilihan.  Kita sebenarnya mempunyai peluang untuk membuat pilihan.  Ya atau Tidak.  Kita berhak untuk membuat pilihan dalam kehidupan kita.  Sama ada memilih untuk hidup senang atau sebaliknya.  Kita diberi peluang.  Sejak kecil lagi kita sudah punya pilihan.  Apa yang perlu kita membuat penilaian terhadap apa yang bakal kita pilih.
Di bangku sekolah kita punya pilihan untuk belajar atau sebaliknya.  Guru-guru sentiasa mendorong pelajarnya untuk membuat pilihan yang betul.  Malangnya sejak kebelakangan ini hanya segelintir pelajar sahaja yang memilih untuk tekun belajar, manakala selebihnya lebih suka memilih untuk tidak belajar, mereka lebih suka bersantai.
Amat menyedihkan apabila melihat pelajar-pelajar yang masih leka, masih tidak sedarkan nasib mereka sendiri.  Mereka lebih suka berkeliaran, lebih rela bermain-main daripada belajar.  Mereka tidak punya semangat untuk belajar, hilang minat untuk terus bersaing dalam pelajaran, tapi lebih teruja untuk berseronok, lebih rela untuk menjadi juara dalam melanggar disiplin sekolah.
Bangunlah wahai semua pelajar.  Buatlah pilihan yang bijak.  Jangan sampai nasi menjadi bubur.

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda