Friday, August 19, 2011

Kegunaan Google Translate

Setelah menggunakan laman google translate, saya fikir ada baiknya dikongsi dengan rakan-rakan pembaca lain yang belum lagi berpeluang meneroka kemudahan ini. Saya merasakan ia amat berguna kepada pelajar-pelajar khususnya.  Kepada pelajar-pelajar yang tidak begitu menguasai bahasa Inggeris, ada banyak manafaat yang akan diperolehi apabila menggunakan laman ini.  Fungsi laman ini adalah untuk membuat terjemahan dari satu bahasa ke satu bahasa lain.  Contohnya dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
Berikut adalah contoh menggunakan khidmat google translate:
Dari Bahasa Cina (Original text - Chinese)
Terjemahan ke Bahasa Melayu
Teks asal - versi B Inggeris
Selepas Terjemahan - Bahassa Melayu


Mudah sahaja cara penggunaannya, di laman Google translate ( http://translate.google.com/ ) pengguna hanya perlu masukkan perkataan, ayat, perenggan atau petikan ke ruang yang disediakan, kemudian pilih bahasa untuk translation, dalam masa tak sampai 5 saat, terjemahan telah siap. Ini boleh menjadi satu alat bantu pembelajaran kepada pelajar-pelajar dan pengguna lain juga.
Terjemahan berkaitan dengan subjek ICT:
Teks Asal - mengenai NOS

Teks Terjemahan ke Bahasa Melayu

Sebagai ingatan perlu saya nyatakan di sini, bahawa Google translate membuat direct translation, jadi bagi penterjemahan satu perenggan atau satu artikel perlulah diubahsuai semula dari segi tatabahasanya.
Untuk kelaman berkenaan pembaca bolehlah klik disini.
Kepada pelajar-pelajar saya, diharapkan dengan adanya maklumat ini akan dapat meningkatkan lagi kecekapan anda semua dalam usaha mencari bahan-bahan bacaan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan nanti.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa..

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda