Monday, December 26, 2011

Majlis Pengijazahan Pelajar Darussyifa' Kelantan 2011

Setelah setahun menimba ilmu pengubatan Islam di bawah payung Darussyifa', akhirnya pada 23hb Disember 2011 seramai 108 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar wanita telah diIjazahkan Ilmu Pengubatan Islam oleh Tuan Guru Dato Dr Harun Din (Penaung Darussyifa' Malaysia).  Majlis ini telah berlangsung di Dewan Besar Hotel New Pacific, Kota Bharu. Dalam majlis ini juga, Prof. Dato' Dr Mafauzy B Mohamed (Pengarah Kampus Kesihatan, USM Kubang Kerian), dan Dr Wan Nudri B Wan Daud (Timbalan Pengarah Pusat Islam, Kampus Kesihatan USM) telah dianugerahkan Ahli Kehormat Darussyifa'.
Dengan selesainya majlis pengijazahan ini bermakna bertambahlah bilangan perawat-perawat Pengubatan Islam di negeri Kelantan.  Diharapkan pertambahan bilangan perawat ini akan dapat menampung keperluan rawatan secara Islam di negeri Kelantan yang semakin hari semakin mendapat tempat dalam masyarakat.


















Gambar sebahagian daripada majlis pengijazahan.

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda