Wednesday, January 25, 2012

Perasmian Darussyifa' Pasir Mas

Mulai Sabtu, 26 Safar 1433H, bersamaan dengan 21 Januari 2012, Pusat Rawatan Darussyifa’ Kelantan telah bertambah satu lagi apabila Pusat Rawatan Darussyifa’ Pasir Mas telah dibuka dengan rasminya oleh Ustaz Zaki bin Ya, Pengerusi Darussyifa’ Kelantan.
Majlis perasmian dimulakan pada jam 9:15 pagi dengan solat hajat, Bacaan Yaasin, Bacaan Asas Darussyifa’ dan di ikuti dengan ucapan perasmian.  Selepas perasmian, tetamu diraikan dalam majlis jamuan ringan dan seterusnya sesi rawatan di mulakan.
Tempat Operasi Pusat Rawatan Darussyifa’ Pasir Mas ini ialah Taman Mekasar, Pasir Mas.  Pusat rawatan ini dipimpin oleh:
Pengerusi :  Ustaz Idris Bin Che Abu Bakar (013 984 1414), 
Timbalan Pengerusi : Ustazah Mek Limah binti Mat Dris (011 1941 6625),   
Bendahari : Mohd Suazhar bin Abdullah (019 986 3189)
Setiausaha : Rosman bin Md Said (019 989 2700) dan AJK.
Sebagai permulaan, pusat rawatan ini beroperasi pada hari sabtu sahaja dari jam 9:00 pagi hingga 1:00 tengahari.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau antara lain mengingatkan supaya apabila dibuka, jangan ada hasrat untuk menutup atau memberhentikan khidmat rawatan Darussyifa’.  Rawatan adalah terbuka kepada semua pesakit yang dating untuk mendapatkan rawatan.  Sepanjang menjalankan rawatan, para perawat diingatkan supaya mematuhi etika sebagai perawat Islam. Apa yang penting setiap perawat hendaklah merawat dengan ikhlas dan jujur dengan menggunakan kaedah rawatan secara Islam.
Pusat Rawatan

Ruang menunggu

Sesi rawatan

Bergambar kenangan

Sesi rawatan

Sesi rawatan

Pendaftaran pesakit

Sesi rawatan

Ruang menunggu

Jamuan Ringan

Jamuan Ringan

Temubual oleh Wakil Sinar Harian

Sebahagian jemputan

Ucapan Perasmian

Sebahagian jemputan


1 comment:

  1. Salam:
    Ada Perubahan AJK berlaku :
    1) Pengerusi : Kekal
    2) Timbalan : Pok Su Ghani
    3) Setiausaha : Ust Mohd Suazhar
    4) Bendahari : Hajjah Mek limah

    ReplyDelete

Masukkan pandangan anda