Tuesday, June 5, 2012

4D 2N

Cuti persekolahan kali ini, sebahagiannya telah kami habiskan dalam perjalanan dari rumah sampai ke Perak.  Pada 1hb Jun, selepas solat fardhu Asar, kami mula meninggalkan rumah untuk ke destinasi pertama, Kuala Lumpur.  Jalan raya dipenuhi dengan kenderaan, terutamanya menghala ke Kota Bharu. Bagi mengelakkan kesesakan jalanraya, kami menggunakan laluan dari Melor ke kok Lanas melalui Bukit Tanah, Bukit Merbau.  Trafik ke Kota Bharu memang sesak. Ratusan deretan kereta kami dapati dari Melor hingga ke depann SMK Pak Badol. Nasib baik bilangan kenderaan menghala ke Pasir Puteh tidak banyak, jadi tak perlulah kami berbaris panjang.
AlhamdulilLah, kami tiba di Gua Musang sekitar jam 8.00 malam.  Perjalanan diteruskan ke KL, tiba di Damansara sekitar jam 1.30 pagi.
D2 - Jam 9.00 bagi bertolak ke UIAM, PJ untuk pendaftaran Muhammad Adib mengikuti kursus Asasi Kejuruteraan  / Sains Komputer.  Lama juga menunggu proses pendaftaran di sini.  Kampus UIAM dipenuhi oleh bakal pelajar dan keluarga.  Bagi pelajar perempuan, proses pendaftaran akan dijalankan pada sebelah petang (sesi pagi untuk pelajar lelaki).  Proses pendaftaran selesai lebihkurang jam 1.00 tengahari, setelah ke Kolej kediaman pelajar, kami beransur pulang ke Damansara, sementara Adib memulakan hidup baru sebagai pelajar di UIAM.  Selamat belajar.


Destinasi kami berikutnya adalah Sitiawan, Perak bagi meraikan majlis perkahwinan anak saudara yang akan berlangsung besok.  Kami bertolak ke Perak pada jam lebih kurang 5.30 petang.  Perjalanan petang ini melalui lebuhraya lancar, tiada kesesakan pada waktu ini.  Keadaan ini berjalan lancar sehinggalah tiba di Bidor, keadaan kurang lancar sehinggalah tiba di Sitiawan pada jam 8.20 malam.  Nampaknya kamilah keluarga yang terakhir tiba, yang lain-lain telah pun tiba sejak petang tadi.
Dalam majlis begini, kesempatan tidak disia-siakan untuk beramah mesra dengan snaak saudara yang masing-masing berada jauh. Pertemuan ini memberi ruang dan peluang untuk mengeratkan semula tali silaturrahim, kerana masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab sendiri yang perlu dipikul dan digalas.  Di sini kami menginap di sebuah 'homestay' yang telah disewa kahs oleh Kak Adek.


D3 - selepas bersarapan pagi, masing-masing dengan hal masing-masing, ada yang membantu apa yang patut di tempat kenduri.  Majlis kenduri ini dilakukan secara gotong royong oleh komuniti taman perumahan ini.  Satu kerjasama yang amat baik, adanya kesepakatan di kalangan warga penduduk di kawasan perumahan ini.


Acara kemuncak berlangsung pada jam 2.00 petang dengan ketibaan pengantin lelaki.  Majlis bersanding, acara menepung tawar, makan beradab dan pasangan pengantin bertemu mesr dengan sanak saudara serta jiran tetangga.
Kami mula meninggalkan majlis ini pada jam 3.30 petang untuk balik ke KL.  Perjalanan balik tidak seperti perjalanan datang ke sini, sepanjang jalan berlaku kesesakan jalanraya.  Malah di lebuhraya pun berlaku kesesakan.  Kamji tiba di Damansara pada jam 8.45 malam.  Satu perjalanan yang memenatkan.
D4 - Hari terakhir di KL, jam 11.00 pagi kami bertolak pulang ke KBharu.  Selepas solat, berehat dan makan di Gua Musang, kami berlepas ke KBharu.  Solat maghrib di Masjid Kubang Kerian dan pulang kerumah.



AlhamdulilLah kami tiba dirumah dengan selamat walaupun dalam keadaan keletihan.

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda